Monday, May 31, 2010

Mantan YDP PAS B.Pahat antara 12 rakyat Malaysia di kapal yang diserang Israel

Sebagai Muslim dan rakyat Malaysia, sudah tentu hati kita semua 'mendidih' bila mendapat tahu kapal Mavi Marmara, kapal utama konvoi flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza telah diserbu dan diserang oleh tentera rejim Zionis Israel.

Disahkan 12 rakyat Malaysia berada di kapal Mavi Marmara milik Turki ini. Mereka daripada Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islah Malaysia(JIM).

Salah seorang daripadanya adalah sahabat dan guru peribadi saya. Beliau adalah Ustaz Hasanuddin Mohd.Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif. Juga mantan YDP PAS Batu Pahat. Saya rasa terkilan kerana tak dapat bersama dengannya di waktu yang genting ketika ini. Sebelum ini beliau pernah bercadang untuk membawa saya menyertainya dalam misi bantuan ke Palestin namun tak jadi atas sebab-sebab yang tak perlu saya sebutkan di sini.

Ustaz Hasanuddin pernah meminta saya berdoa' agar Allah memilih dan mengurniakan syahid kepadanya. Sebagai sahabat dan muridnya, saya akui memang beliau amat cintakan syahid.

Bila mendapat tahu beliau berada di kapal Mavi Marmara, serta-merta teringat akan impian syahidnya namun saya tetap berdoa' akan keselamatan dirinya, 11 lagi rakyat Malaysia serta seluruh sukarelawan yang menyertai konvoi flotila ini.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar terus berdoa' dan melakukan solat hajat agar seluruh peserta konvoi ini selamat dan misi bantuan kemanusiaan berjaya sampai ke Gaza akhirnya.

Sehingga jam 11.00 malam ini, hanya kira-kira 100 orang saja yang masih tinggal di dalam kapal yang diserang ini. Selebihnya sudah dipindahkan ke pelabuhan Haifa oleh tentera rejim Zionis untuk ditahan di penjara mereka.

Berita lanjut di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger