Monday, May 3, 2010

Nak suruh rakyat adil pada Polis ???

Bak kata orang lidah memang tak bertulang. Cukup mudah mengeluarkan kata-kata. Tak kiralah samada jujur dan ikhlas maupun sebaliknya. Dengan lidah jugalah ramai orang terpedaya dan ditipu hidup-hidup. Kerana lidah jugalah badan binasa... Dan begitulah halnya ahli politik di seluruh dunia yang menggunakan lidah untuk mempengaruhi minda rakyat agar menyokong diri, agenda dan dasar parti masing-masing untuk berkuasa. Setelah berkuasa, lidah itu jugalah akan digunakan untuk mempertahan dan membela dasar kerajaan mereka. Begitulah juga yang berlaku di tanahair kita.


Semalam, Menteri KDN Hisahamuddin menyeru rakyat agar bersikap adil terhadap Polis. Mudahnya bercakap... Selama ini sapa yang bertindak kasar dan kurang ajar terhadap rakyat ? Siapa yang dok belasah rakyat dengan cotar dalam demonstrasi aman ? Sapa yang sembur rakyat dengan water-cannon ? Sapa yang sumbat rakyat yang tak berdosa dalam lokap hanya kerana sokong pembangkang ? Sapa yang dok tembak rakyat dengan peluru hidup tanpa alasan ?

Menteri KDN kena sedarlah sikit, sebelum menyuruh rakyat agar bersikap adil terhadap Polis, sila perbetulkan dulu pasukan Polis yang dah macam mafia la ni. Pukul dan belasah orang dalam lokap sampai mati. Tembak anak orang sesuka hati tanpa sebab dan kemudian reka alasan bodoh untuk sembunyikan kesalahan ? Dan banyak lagi tindakan keji dan terkutuk Polis yang menyebabkan rakyat sudah hilang rasa hormat pada PDRM.

Macamana rakyat nak percaya dengan Polis kalau dah KPN sendiri melindungi 'kepala' kongsi gelap, ah long, sendiket pelacuran, dadah dan perjudian. Sebab itulah tempohari si Musa Hasan dok merapu buat kenyataan membela anak buahnya yang telah membunuh Allahyarham Aminulrasyid. Bayangkanlah... bagaimana seorang KPN boleh buat kenyataan media sedemikian rupa ? Sepatutnya dia mesti menunjukkan sikap yang profesional, bukannya membela tindakan yang jelas salah.

Malah dia boleh cakap "Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya.

Bercakap macam budak tak sekolah... Ini bukan soal cakap ahli politik tapi ianya persoalan serius yang melibatkan seorang remaja 15 tahun yang dibunuh Polis.

Sebelum Menteri KDN nak bagi nasihat pada rakyat, seharusnya beliau terlebih dahulu bertanya pada diri sendiri beberapa persoalan berikut ;

1- Siapa yang menggunakan Polis untuk kepentingan politik UMNO / Barisan Nasional ?

2- Siapa yang mengarahkan Polis menghalang program ceramah parti pembangkang ?

3- Siapa yang mengarahkan Polis mengugut pemimpin parti pembangkang ?

4- Siapa yang mengarahkan Polis menembak dan membunuh dalam Peristiwa Memali ?

5- Siapa yang mengarahkan mantan KPN Rahim Noor belasah Anwar Ibrahim dengan niat membunuh ?

.... dan banyak lagi tindakan Polis yang dipersoalkan.

Sebenarnya apa yang berlaku membuktikan pada kita semua betapa bobroknya pasukan Polis Malaysia mutakhir ini. Dan punca kepada segala kejelekan pasukan Polis ini ialah rasuah. Bila mana darah daging majoriti anggotany sudah sebati dengan hasil haram, maka sudah tentu hati mereka menjadi kotor dan gelap. Bila mana hati nurani sudah terhijab daripada mendapat Nur Ilahi, maka sudah tentu segala tindak-tanduk mereka lebih menjurus kepada sifat kesyaitanan. Sebab itulah boleh berlaku tindakan menembak sesuka-hati kepada mangsa yang tidak berdosa. Menahan rakyat secara sewenang-wenangnya tanpa alasan. Membelasah tahanan sehingga mati dan banyak lagi kes yang tersembunyi.

Kadang-kadang terfikir juga, apakah POlis Malaysia hari ini dah ada 'License To Kill' macam cerita James Bond ?

Hakikatnya, UMNO-lah yang jadi 'guru terbaik' kepada pasukan Polis sehingga boleh jadi seburuk ini. Sebagaimana yang pernah saya sebut bahawa UMNO adalah paksi segala kejahatan yang ada. Sebut saja apa yang UMNO tak buat... segala-galanya ada. Just name it !

Jangan salahkan rakyat... jika tak percaya pada Polis.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger