Tuesday, November 3, 2009

SPRM Mengamuk Ikut Telunjuk Big Boss...

SPRM (Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia) jangan nak tunjuk "baik" dengan membuat pendakwaan terhadap ahli politik Selangor dan pembantu mereka termasuk seorang Ahli Parlimen BN.

Kalau SPRM betul-betul bebas dan bernaung di bawah Yang Dipertuan Agong, sila siasat skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene berjumlah RM500 juta yang melibatkan Najib. Bukan setakat itu saja malah Altantuya Shaaribu sendiri mati dibunuh dengan kejam. Siasat juga skandal penyelewengan pembelian helikopter Eurocopter. Juga melibatkan Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan.

Sejak pendedahan dibuat oleh Dr Pornthip bahawa 80% Teoh Beng Hock dibunuh, SPRM seolah-olah mahu "membalas dendam" terhadap ahli politik Pakatan Rakyat Selangor dengan membuat pendakwaan besar-besaran. Kita nak tanya mengapa asyik menyiasat dan mendakwa ahli politik dari Pakatan Rakyat saja sedangkan beratus kes rasuah yang dilaporkan melibatkan ahli politik UBN disenyapkan begitu saja.

Kita janganlah terpedaya dengan mainan jijik SPRM ni bila turut mendakwa seorang MP BN. Ini hanyalah merupakan sandiwara keji agar tidak terlalu nampak berat sebelah.

Hairan aku melihat manusia-manusia yang menjadi Pengerusi SPRM dan Pengarah Negeri ni. Mereka ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Persoalannya di mana perginya agama mereka bila setiap tindakan yang diambil bukannya menurut prosedur dan tahap profesionalisma sebagai badan bebas tetapi hanya menurut arahan dan kehendak "big boss" di Putrajaya. Apakah mereka ini juga dari jenis manusia yang lebih hina dari binatang ? Adakah mereka juga dah kekenyangan makan duit haram atau kerana takut kehilangan pangkat dan jawatan ?

Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih yang berbunyi :

"Di akhir zaman nanti ramai di kalangan umatku yang sanggup menjual agamanya dengan nilai dunia yang sdikit "

Jika dilihat dari tindakan mereka yang sanggup membunuh Teoh Beng Hock, tak mustahil sebahagian daripada pegawai SPRM ini adalah dari jenis manusia yang bertuhankan hawa nafsu syaitan. Bagi mereka apa yang penting kemewahan hidup di dunia. Sanggup melakukan apa saja demi menuruti arahan sang penguasa zalim. Bukti boleh direka untuk menghalalkan pendakwaan keji. Yang penting kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mesti terus diganggu-gugat dalam apa keadaan sekalipun sehinggalah menjelang PRU13 kelak.

Sudah jelas terbukti di depan mata kita yang SPRM hanya membuat pendakwaan terpilih. Jika ada pun di kalangan ahli politik UBN yang didakwa, mereka hanyalah dari golongan "ikan bilis" yang memang nak disingkirkan. Sebab itulah dibiarkan saja SPRM mendakwa. Bagi ranking "jerung besar" UBN dan kroni mereka, tiada seorang pun yang disiasat dan didakwa walau dah beratus laporan polis dibuat beserta bukti. Mereka tetap bebas dan kebal. Selewenglah banyak mana sekalipun duit rakyat, BPR maupun SPRM tak akan usik.

Wahai rakyat, bangunlah dari tidur mu...

Jangan kita biarkan negara ini terus diperintah oleh golongan perasuah dan penjenayah. Sebagai rakyat kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di Padang Mahsyar nanti kerana terus membiarkan pemerintah zalim dan jahat terus bermaharajalela dalam negara.

Masih tidak nampakkah lagi apa yang telah mereka lakukan kepada kita semua sebagai rakyat. Dah 52 tahun negara ini merdeka namun jiwa kita masih dikongkong oleh mereka yang berkuasa. Di manakah letaknya maruah dan harga diri kita sebagai seorang Muslim yang begitu mudah diperbodohkan dengan segala propaganda murahan yang dicanang setiap hari di kaca TV dan di dada akhbar.

Apakah selama ini mata hati kita telah buta sehingga nampak elok saja perbuatan mereka ?

Apakah kita lupa sebagai rakyat kita sebenarnya menjadi raja dalam negara ini. Kitalah yang berhak menentukan hala-tuju negara ini. Bukannya mereka yang jadi pemerintah. Mereka hanya menjalankan tugas untuk merealisasikan aspirasi dan kehendak rakyat.

Adalah amat malang sekali apa yang berlaku sejak merdeka kita pula yang menjadi hamba kepada pemerintah. Hakikat ini berlaku kerana kebodohan kita sendiri sebab tak mahu buat perubahan dalam pilihanraya.

Lihatlah apa yang telah berlaku dalam negara kita hingga ke saat ini. Hidup kita bukannya semakin senang malah dihimpit dengan pelbagai tekanan. Hak bangsa Melayu sendiri dirampas oleh mereka satu persatu. Cuba tanya diri kita sendiri, sapa yang semakin miskin dan papa kedana hari ini. Anak sapa yang paling ramai jadi penganggur, penagih dadah dan bohsia ? Mengapa 250 ribu orang anak orang Islam boleh murtad ? Anak sapa yang paling ramai terpaksa menanggung hutang PTPTN bila melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS ? Kenapa rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian ? Di manakah harga diri bangsa Melayu yang boleh dibeli dengan nilai RM50 bila menjelang pilihanraya ?

Jika kita tidak melakukan perubahan dalam PRU13 nanti, tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku dalam negara ? Apa yang saya bimbangkan adalah kemurkaan Allah terhadap kita umat Islam yang terus-menerus bersekongkol dengan pemerintah yang zalim. Jangan tunggu sehingga bala' besar menimpa kita semua baru nak sedar dan insaf...

Samada mahu percaya atau tidak, Nerakalah tempat kembali bagi orang yang terus menyokong UMNO dan BN. Niat saya hanya nak menyampaikan apa yang haq kerana adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran.

Salam pagi Selasa...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger