Saturday, November 14, 2009

Anjing Mabuk Arak di Malaysia....



Bukan setakat orang saja yang mabuk ketagihan arak malah binatang pun jadi mangsa sebab tak tahu air yang dalam botol tu ialah arak. Sudah tentu si puppy ni berfikir saki baki air dalam botol Heineken tu air biasa dan bau pun power. Diselongkarnya kotak tersebut dan airnya tertumpah lalu terus diminum.

Nah...!!! faham-faham sajalah... Kalau orang pun boleh mabuk apatah lagi binatang sekecil si puppy ini.

Inilah akibatnya bila negara yang kononnya didakwa oleh pemimpin UMNO sebagai negara Islam tetapi dilimpahi dengan air syaitan. Sampai binatang pun turut sama mabuk.

Agaknya kalaulah kita faham bahasa anjing, tentu si puppy ni akan merungut selepas sedar dari lenanya. Mungkin antara rungutannya "Celaka punya manusia yang dok buang botoi setan ni merata-rata. Aku dok ingat tadi ayaq apa. Baunya macam sedap je. Jadi aku minumlah sikit rupanya arak. Padanlah aku dok boleh khayal sampai lena kat sini. Nasib baik takdak kereta dok langgaq aku tadi. Kalau tak mampoilah aku dalam mabuk. Tentu masuk Neraka pasai tak sempat tobat."

"Aku dok dengaq PM dan UMNO dok kata Malaysia ni negara Islam tapi pasai apa boleh ada arak kat sini... Memanglah puak-puak UMNO jahat. Pasai depalah aku boleh jadi mabuk tadi. Celaka betoi puak-puak UMNO ni. Lepas ni aku nak dok habaq kat kawan-kawan kalau jumpa botoi bersepah, jangan dok minum ayaqnya..."

Lu pikiaqlah sendiri...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger