Sunday, November 1, 2009

Isu UG - Pemimpin Pusat Dipilih Majlis Syura'....

SEMUA ahli PAS sayangkan parti. Apa yang dirasakan oleh Muryidul Am PAS, begitulah juga yang dirasai oleh ahli-ahli biasa di seluruh pelusuk tanahair, juga yang sedang berada dan menuntut di luar negara. Semua yang sayangkan PAS sama-sekali tidak redha jika PAS sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan UMNO dsudut politik. Sejarah PAS ditendang penalti oleh UMNO di zaman Tun Razak sudah cukup memeritkan. Cukuplah sekali itu saja. Takkan kali ini nak diterajang pulak oleh anaknya Maharaja Jib.

Malangnya hari ini sekali lagi PAS cuba dibawa untuk berkerjasama dengan UMNO melalui Unity Government yang dicetuskan oleh Presiden dan beberapa gengnya. Walaupun secara zahirnya kelihatan isu ini macam kecil tetapi kesannya amat 'parah' terhadap keutuhan parti sebagaimana yang berlaku mutakhir ini. Kita sendiri boleh lihat akibat UG ini sehinggakan PAS terpaksa melalui satu lagi kejerihan yang sengaja diundang. Berpunca dari kesilapan tindakan beberapa kerat pimpinan atasan, akhirnya PAS terpaksa membuang masa hanya semata-mata nak menyelesaikan masalah dalaman yang dicipta sendiri.

Sepatutnya di waktu dan saat ini PAS bersama Pakatan Rakyat terus mara ke depan dalam merancang strategi dan gerakerja bersepadu dalam nak mencapai visi utama menumbangkan UBN dalam PRU13 kelak. Bukannya sibuk menyelesaikan masalah dalaman masing-masing. Sudahlah PKR kini berhadapan dengan anak buahnya yang asyik nak main 'lompat si katak lompat', kini PAS pulak berhadapan dengan masalah.

Walhal sebelum ini prestasi PAS amat memberangsangkan sehingga rakyat melihat antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ini hanya PAS saja tidak menimbulkan masalah. Sayang seribu kali sayang, disebabkan 'Virus UG' ini akhirnya PAS sendiri hampir berpecah. Janganlah pemimpin PAS buat kenyataan "Krisis satu proses matangkan parti" sebab masalah yang timbul ini dicari sendiri. Belum berapa lama Muktamar PAS Ke-52 berlalu dan Muryidul Am sudah beri amaran keras agar jangan lagi ditimbulkan UG ini tetapi masih ada yang 'berdegil'. Itulah padahnya jika tak mahu dengar nasihat orang tua.

Apakah Kesan Krisis Ini ?

Samada pembaca mahu percaya atau tidak, itu adalah hak privacy masing-masing. Di sudut pemerhatian saya yang dhaif ini, Pakatan Rakyat bakal kehilangan banyak kerusi dalam PRU13 kelak. Bukanlah kita mahu perkara sebegini berlaku tetapi jika diteliti dari rentetan masalah dalaman yang melanda PKR dan PAS mutakhir ini, adalah tidak mustahil majoriti pengundi Melayu akan berpatah balik kepada UMNO.

Inilah akibat terlampau leka dan seronok dengan kemenangan besar dalam PRU12 dan 6 PRK. Merasakan gelombang PRU12 akan berlanjutan sehingga PRU13. Ekoran kelalaian ini, pihak musuh dengan mudah memerangkap kita sebagaimana yang berlaku terhadap 2 ADUN PKR dan 1 DAP sehingga hilang Perak dalam genggaman. Walaupun cara musuh merampas Perak dengan cara keji, namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat. Angkara 3 orang yang belot, hilang sebuah negeri.

Begitu juga apa yang menimpa PAS. Akibat tindakan beberapa kerat pemimpin menyebabkan parti terpaksa berhadapan dengan krisis dalaman. Tsunaminya merebak ke seluruh negara. Yang pasti kredibiliti PAS pada pandangan mata kebanyakan rakyat menurun. Kesan terbesarnya di Selangor bila PAS negeri itu diheret ke Lembaga Disiplin. Sudah tentu pimpinan dan ahli merasa terkilan walaupun tidak lari. Yang dibimbangi ialah sikap pengundi di kalangan bukan ahli. Yaitu para simpati, ahli UMNO yang dah meluat dengan parti mereka dan golongan atas pagar. Apakah boleh dijamin 3 kumpulan ini akan terus memberi undi pada PAS dalam PRU akan datang.

Pengaruh PR di Selangor sekali lagi tergugat ekoran tindakan seorang ADUN PKR isytiharkan diri keluar PR dan jadi bebas. Walaupun alasan yang diberinya tak masuk akal tapi kesannya tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi bila si Badrul Hisham ini menyatakan keraguannya terhadap kes liwat yang melibatkan mantan TPM itu. Bagi kita yang menjadi ahli genuine PAS dan PKR memang sedar dan yakin segala tuduhan terhadap Anwar itu hanyalah rekaan semata-mata dan fitnah.

Apakah rakyat di luar sana sama seperti kita juga ? Ditambah pulak bagi mengukuhkan alasannya keluar dari PR bila ada menyebut yang dia pernah bertanya kepada Datin Seri Wan Azizah berhubung tuduhan liwat tersebut. Katanya "no comment" from Kak Wan.

Pada perkiraan saya, TGNA dah sedar dari awal tentang isu UG ni sejak pertemuan pertama Hj Hadi, Nasaruddin dan beberapa pimpinan pro UG dengan Pak Lah bagi membincangkan idea tersebut. Namun Nik Aziz mengambil sikap memerhati dari jauh. Di samping 'monitor' gelagat group UG ini, beliau kerap menyebut samada dalam ceramah maupun media bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam politik. Difahami kenyataan ini sebagai menyindir Hj Hadi dan rakan-rakan UGnya. Malangnya sindiran ini tidak diendahkan.

Kemuncak kepada penentangan terhadap idea tak popular ini berlaku sejurus selesai Muktamar PAS Ke-52 yang diadakan di Shah Alam. Seluruh ahli PAS dan pemerhati politik terkejut bila TGNA memberi kata dua pada Nasaruddin. Jika mahu teruskan UG, sila kosongkan kerusi Parlimen Bachok dan masuk UMNO ATAU hentikan segera UG ini. Kemudian senyaplah seketika...

Akhirnya TGNA dah tak dapat menyembunyikan rasa marah dan kecewanya terhadap beberapa kerat pimpinan PAS yang 'teringin' sangat UG ni terlaksana. Secara direct beliau menyebut 3 penama yaitu Nasaruddin, Mustafa dan Hasan Ali yang memang dah diketahui umum sebagai "orang kuat" UG ni. Walaupun nama Hj Hadi tak disebut namun umum memahami apa yang tersirat di sebalik 3 nama yang disebut itu. Faham-faham sajalah beb...

Apakah Wujud Budaya "Benam-Membenam" Dalam PAS ?

Selagi mana hati tidak benar-benar bersih dan martabat tidak mencapai ke tahap Nafsu Mutma'inah, maka selagi itulah penyakit 'gila' ni melanda manusia. Dalam mana-mana parti di dunia ini pastinya wujud kumpulan manusia di dalamnya yang gila kuasa, gila jawatan dan pelbagai lagi jenis gila yang merosakkan. Hanya ada satu cara saja untuk mengatasi penyakit ini iaitu mendidik hati (roh) agar kembali kepada fitrah semulajadinya yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Yang Maha Esa.

Memang bukan mudah untuk menundukkan nafsu jahat yang dah lama bersarang dalam jiwa. Memerlukan satu proses yang lama bagi menundukkan nafsu Amarah, Lawamah dan Mulhamah. Namun ianya wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Hanya ini saja jalan selamat untuk kita kembali kepada-Nya.

Tidak dinafikan dalam PAS memang ada pemimpin yang dah sampai ke martabat Nafsu yang tenang ini (Mutma'inah) malah ada yang dah sampai ke martabat Nafsu Radhiah tapi tak ramai. Hanya beberapa orang saja.

Apakah perlu syarat ini bagi yang nak jadi pemimpin dalam Gerakan Islam seperti PAs ini ? Sudah tentu syarat ini penting. Tanpa syarat ini, maka setiap apa yang dilakukan oleh mereka hanya berpandukan akal dan nafsu semata-mata. Tanpa panduan Allah. Sebab itulah kita lihat sendiri hari ini PAS masih gagal secara keseluruhan untuk menguasai majoriti umat Islam. Walau tidak dinafikan sokongan masyarakat bukan Islam semakin meningkat namun ianya lebih kepada faktor Kerajaan Islam PAS di Kelantan yang dipimpin oleh TGNA. Bukan nak puji Kerajaan Kelantan di bawah TGNA namun itulah hakikat yang perlu diakui.

Persoalannya mengapa setelah lebih 52 tahun PAS berada dalam persada politik negara tetapi masih gagal mendapatkan sokongan majoriti masyarakat Islam ? Begitu juga di Terengganu. Mengapa kerajaan PAS hanya mampu bertahan sepenggal saja ? Lepas tu jatuh balik ? Pernahkah kita semua terfikir Terengganu terlepas dari genggaman kita dalam PRU11 kerana salah kita sendiri ? Persoalannya mengapa Allah hukum kita ? Kita berilah seribu alasan termasuk penipuan undi yang dilakukan oleh UBN namun percayalah penipuan mereka tetap gagal jika Allah membantu kita.

Inilah akibatnya jika sikap majoriti pemimpin yang merasakan diri hebat, bijak berpolitik dan handal mengatur strategi pilihanraya sehingga terlupa untuk meletakkan pergantungan dan harapan pada Allah SWT. Justeru penyakit mazmummah yang bersarang dalam hati akhirnya terimalah akibat dari kesalahan sendiri.

Bayangkanlah jika sebelum jadi Exco tak pernah tinggal kupiah atas kepala. Bila dilantik menjadi Exco, kupiah putih melayang ke mana dan ada yang pergi sembahyang kat mesjid, tali leher pun tak sempat bukak dek kerana sibuk dengan tugas sebagai State Minister. Walaupun ianya bukan satu dosa namun jangan di pandang remeh hal ini.

Nasib baiklah Allah belum uji PAS dengan kemenangan di seluruh negara. Kalau tidak, ada yang bertumbuk kerana berebut nak jadi calon. Jatuh-menjatuh, fitnah memfitnah sudah pasti berlaku. Sedangkan hari ini pun sudah wujud unsur kroni, lobi-melobi, fitnah dan benam-membenam orang lain.

Pemilihan Muktamar Pusat Dimansuhkan

Selepas ini Ahli Majlis Syura' Ulama' yang diketuai oleh Mursyidul Am mesti meletakkan syarat yang ketat bagi bakal pemimpin di mas akan datang. Tak perlu lagi diadakan pemilihan dalam Muktamar Pusat sebagaimana biasa. Biar ahli Majlis Syura' yang menentukan siapa yang layak dilantik atau sebaliknya. Kita mahu pemimpin yang dipilih memenuhi kriteria sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Utamakan redha Allah. Bukannya redha manusia. Tiada gunanya jika pemimpin itu dipilih oleh perwakilan tetapi Allah tak redha dengannya. Yakinlah bila Allah redha kepada seseorang pemimpin, maka Dia akan mengarahkan seluruh manusia sayang dan taat pada pemimpin tersebut.

Jazakallah.

1 comment:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Salam..

Kami amat setuju dengan pandangan tuan. Selagi puak-puak UG tidak disingkirkan atau ditarbiahkan kembali, selagi itulah PAS akan terus bergolak.

Yang sedihnya, dari ketiga-tiga puak UG ni dan empat termasuk Presiden, tiada seorang pun telah berjaya tunjukkan contoh pemerintahan yang betul2 dapat diyakini rekodnya. Presiden sendiri hanya dapat bertahan sepenggal saja di Terengganu. Nasarudin, masuk parlimen pun sebab ehsan rakyat Bachok. Hassan Ali, tahun 99 baru bersama PAS, sebelum ni dialah pakar motivasi yang gunakan kelebihan mulutnya untuk melaksanakan doktrin Bn di BTN. Mustafa Ali? Abangnya sendiri pun Umno.... kalau abangnya pun dia tak mampu nak tarbiah, apa jaminan untuk dia tarbiah org lain?

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger