Friday, November 13, 2009

JAIS Budak Suruhan UMNO


Sejak kebelakangan ini JAIS dilihat begitu sibuk untuk menyiapkan kertas pendakwaan terhadap Dr Asri berhubung kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah. Apakah tanpa tauliah seseorang itu tidak dibenarkan untuk menyampaikan dakwah ? Bukan setakat tu je malah JAIS menyebut ada 7 orang ilmuan Islam yang berfahaman Wahabi didapati memberi kuliah tanpa tauliah.

Persoalannya yang nak dok sibuk dengan golongan Wahabi ni pasal apa. Puak-puak Wahabi ni tidak sesat malah Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri tidak pernah mengeluarkan fatwa sesat terhadap fahaman itu.

Perlu diketahui bahawa JAIS sebenarnya mengikut telunjuk UMNO. Malah Pengarah JAIS sendiri merupakan orang kuat UMNO. Sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JAIS, beliau adalah Yang Dipertua Majlis Bandaran Kelang. Sewaktu jadi YDP, beliau cukup terkenal dengan panggilan Projek RM5 ringgit di kalangan kontraktor. Maksudnya si mangkuk ni pun jenis kaki sapu juga.

Cuba kita imagine bagaimana orang yang kaki rasuah boleh dilantik menerajui sebuah jabatan yang menguruskan hal-ehwal Islam di sebuah negeri. Sudah tentulah semakin rosak jabatan tersebut dan bukan lagi menjadi sebuah badan yang menjaga kesucian Islam tetapi sebaliknya menjadi 'duri dalam daging' kepada Islam itu sendiri.

Kita nak tanya JAIS, mana lebih merbahaya antara Wahabi dengan Sekular ? Apakah selama ini para ustaz yang duduk dalam JAIS dah jadi bodoh sehingga sanggup menjadi 'budak suruhan UMNO' serta menggadaikan iman demi kepentingan dunia ? Pasal Pengarah JAIS tak payah disebut sebab memang orang kuat UMNO serta dah terlampau banyak makan duit haram jadah. Orang macam ni jangan diharap nak jaga agama. Bagi punah lagi adalah.

Apa yang nak diperbesarkan soal tauliah ni ? Dr Asri ni bukan kecik-kecik anak punya orang. Dia bekas Mufti dan memang tak perlu nak mohon tauliah dari mana-mana Jabatan Agama Islam negeri.

Sebenarnya ada beberapa sebab tindakan penangkapan Dr Asri ini dibuat. Salah satunya adalah bertujuan mahu menjatuhkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. JAIS dan UMNO tahu Dr Asri ini orang yang agak terkenal dalam negara dan disukai oleh umat Islam ekoran beberapa kenyataan berani beliau sewaktu memegang jawatan Mufti. Rakyat Selangor khususnya pasti kurang senang dengan tindakan JAIS ini yang dilihat secara zahir di bawah kerajaan PR. Sudah tentu rakyat mempersoalkan kerajaan PR Selangor dan akhirnya menjurus kepada rasa meluat terhadap PR. Dan kesan dari itu dalam PRU13 kelak rakyat kembali memilih BN. Perlu diingat kesan dari tindakan JAIS ini bukan setakat menular di Selangor saja malahan kepada seluruh negara.

Masalahnya rakyat tidak tahu bahawa hal-ehwal agama Islam di Selangor tidak diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hanya 5 institusi yang diberi kuasa penuh yaitu Sultan, Mufti, MAIS, JAIS dan Mesjid.

Sudah terbukti di depan mata akibat daripada fahaman sesat sekular Kristian yang dipegang dan diamalkan oleh UMNO dalam pemerintahan negara mengakibatkan majoriti umat Islam terjebak dengan fahaman yang sangat merbahaya ini. Begitulah juga dengan para pegawai di seluruh Jabatan Agama Islam negeri. Mereka turut sama bersekongkol dalam mempertahankan fahaman ini serta diperalatkan oleh UMNO untuk menyekat Dakwah dan Syiar Islam yang sebenar daripada tersebar luas. Manakala pegawai yang ada kesedaran, mulut mereka dikunci dari menyatakan kebenaran. Segala tindak-tanduk mereka diawasi. Bagi yang berani akan diugut dengan tindakan disiplin atau dibuang kerja. Senario ini berlaku dalam seluruh jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pusat.

Umat Islam seharusnya tidak terkeliru dan terpengaruh dengan tindakan JAIS ini yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dalam negeri Selangor. Sejak zaman Khir Toyo lagi para pegawai JAIS telah disaring serapi-rapinya agar jangan ada di kalangan mereka yang menyokong pembangkang.

Sebagai umat Islam kita harus berfikir secara profesional. Jadikan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan hidup kita. Janganlah kita biarkan minda ini dipengaruhi oleh segala propaganda UMNO/BN yang jelas berfahaman Kristian. Takkanlah kita begitu mudah diperbodohkan oleh segala dakyah UMNO yang mendakwa mereka juga menjaga dan membela Islam seperti membina mesjid, menubuhkan Tabung Haji dan Perbankan Islam. Tidak dinafikan bagi kalangan umat Islam yang jahil tentang ajaran Islam yang sebenar memang mudah tertipu dengan permainan licik UMNO ini.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 10 - 16 yang bermaksud ;

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat."

Ayat ini jelas memberitahu kita tentang perangai golongan munafiq seperti yang ada dalam UMNO. Salah satu bukti perangai hasad dengki UMNO terhadap Islam bila menarik-balik pembayaran royalti minyak di Terengganu sewaktu PAS memerintah. Begitu juga seluruh wakil rakyat pembangkang tidak diberikan peruntukan wajib bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN yang diwakilinya.

Tidak syak lagi bahawa UMNO memang sebuah parti sesat. Bukan setakat diri sendiri yang sesat malah UMNO turut menyesatkan orang lain. Apa yang dilakukan oleh JAIS terhadap Dr Asri adalah salah satu agenda UMNO. Kesesatan UMNO jelas bila Almarhum Tunku sendiri mengesahkan bahawa UMNO sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular. Samada parti atau individu yang berpegang kepada fahaman ini telah difatwakan sebagai kafir oleh para Ulama' masyhur dunia. Hanya ahli Majlis Fatwa Kebangsaan saja yang takut keluarkan fatwa sebab mereka lebih takutkan manusia daripada Allah.

Apa yang lucunya pandai pulak para pemimpin UMNO ni marah bila mereka dikatakan kafir. Tapi mereka kurang marah kalau kita munafiq. Punyalah bodoh puak-puak yang ada dalam UMNO ni sehingga tak sedar yang munafiq itu lebih jahat dari kafir. Sebab itulah golongan munafiq ini akan dihumban ke dasar Neraka.

Masalahnya sekarang ialah kita yang mengaku Islam ini tetapi kenapa boleh jadi begitu jahil sehingga tak nampak tentang kesesatan UMNO selama ini.

Berikut adalah posting saya sebelum ini yang bertajuk "Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ?

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger