Thursday, December 25, 2008

Syukur Dengan Penghijrahan Dato' Zahar Dan Rakan

Bila ternampak saja tajuk "Ahlan Wasahlan Kapten Zahar dalam Harakahdaily hari ni, saya terus membacanya. Tersentuh hati bila diberitakan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim dan 13 orang AJK Bahagian serta 28 orang Ketua Cawangan UMNO berhijrah menyertai PAS. Dato' Zahar telah digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan keberanian dan kelantangannya menegur kepimpinan atasan. Saya benar-benar memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana membukakan pintu hati sahabat-sahabat ini untuk menyertai PAS.

Janji Allah pasti berlaku. Di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman dengan maksudnya "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana seseungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan toghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada (ajaran agama) yang teguh serta tidak putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong mereka adalah toghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka. Mereka kekal di dalamnya."

Seperti mana yang pernah saya sebutkan bahawa golongan orang yang baik dan beriman memang tidak boleh duduk lama dalam UMNO. Satu ketika pasti mereka akan keluar meninggalkan parti haprak ni. Sebelum ini DSAI difitnah serta diterajang keluar dari UMNO sebab beliau begitu tegas menentang rasuah. Sekarang giliran Dato' Zahar berserta rakan-rakannya pula bertindak keluar UMNO.

Penghijrahan Dato' Zahar berserta rakan-rakannya ini jelas mendedahkan lagi pekong UMNO. Pimpinan atasan UMNO memang benci kepada orang yang berani dan lantang menegur seperti Dato' Zahar ni. Apa yang disukai oleh pimpinan atasan UMNO ialah golongan ahli-ahli UMNO yang hanya tahu mengangguk saja. Salah pun angguk. Betul pun angguk. Bagi golongan Ketua Bahagian pula, mereka suka orang yang rasuah sebab senang dibeli apatah lagi bila tiba musim pemilihan UMNO Pusat. Yang paling kesian ialah ahli-ahli UMNO biasa. Hidup taklah semewah mana kemudian diperbodohkan oleh pimpinan atasan UMNO dengan kata-kata "Inilah parti kita orang Melayu. Hanya kita saja yang boleh membela nasib bangsa kita. Tanpa UMNO, maka hancurlah bangsa Melayu. Hidup Melayu". Bila ahli-ahli UMNO dengar pemimpin mereka cakap begitu, meremang bulu roma mereka sambil melaungkan "Hidup Melayu." Tanpa disedari hak-hak mereka telah dirampas sedikit demi sedikit oleh pimpinan atasan mereka.

Yang pelik bin ajaibnya, mereka masih tak nampak lagi sehingga ke hari ini yang mana Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu dah dibuang oleh pemimpin UMNO sendiri. Selain daripada biasiswa yang telah dibuang, tanah milik orang Melayu hanya tinggal 11% sahaja di Johor, negeri kelahiran UMNO. Jumlah 11% ini termasuk Tanah Felda dan Felcra. Ini satu lagi bukti bahawa pemimpin UMNO bukannya mahu membela bangsa Melayu sebaliknya mahu menggadai hakmilik orang Melayu.

Marilah kita berdoa' kepada Allah semuga lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO khususnya di Selangor dan di seluruh negara akan keluar meninggalkan parti yang sudah terlampau 'busuk' dengan segala kemungkaran dan kepalsuan ini.

Pada pendirian peribadi saya, UMNO sudah jauh tersesat malah lebih buruk lagi menyesatkan orang lain.

Marilah kita berdoa' "Ya Allah, Engkau hancurkanlah UMNO. Pecahbelahkan mereka. Mereka adalah golongan orang yang melampaui batas."

Jom ramai-ramai masuk PAS. Takbir.

Sekian.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger