Sunday, December 28, 2008

Mahathir + UMNO = Bush + Yahudi

Masyarakat di seluruh dunia masih ingat tentang peristiwa "September 11" yang menyebabkan New York Twin Tower World Trade Center roboh akibat dirempuh oleh dua buah pesawat penumpang. Bukan setakat menara kembar ini saja yang dirempuh, malahan bangunan Pentagon juga dirempuh oleh sebuah pesawat.

Pihak FBI dan CIA memulakan siasatan dan mendakwa ianya dilakukan oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda. Seluruh media utama milik Yahudi dan Amerika serta di seluruh dunia melaporkan bahawa serangan ini dilakukan oleh puak ekstremis Islam dari kumpulan Al-Qaeda. Ekoran dari peristiwa ini , Presiden Amerika George W.Bush melancarkan serangan terhadap Afghanistan dengan alasan pemerintah Taliban menyembunyikan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden.

Bush ingat seluruh rakyat Amerika akan percaya bulat-bulat dengan dakwaan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh orang Islam. Akhirnya satu pendedahan dibuat bahawa pada hari berlakunya serangan tersebut, kira-kira 6,000 orang berbangsa Yahudi yang berkerja di bangunan menara kembar New York tidak datang bertugas. Persoalannya kenapa mereka tidak datang berkerja pada hari tersebut ? Ini menjelaskan lagi bahawa serangan ini bukan dilakukan oleh orang Islam tetapi satu perancangan jahat Yahudi dan pentadbiran Bush untuk memburuk-burukkan umat Islam.

Selain daripada pendedahan ini, sebahagian besar jurutera berpengalaman tidak percaya bahawa menara kembar itu boleh runtuh hanya disebabkan oleh rempuhan pesawat. Mereka menjelaskan bahawa adalah mustahil menara tersebut boleh runtuh hanya disebabkan pesawat tersebut meletup. Jika melihat pola runtuhan menara itu, para jurutera berpendapat bahawa runtuhan tersebut seperti telah dirancang.

Inilah sebenarnya kerja Yahudi dan pentadbiran Bush. Mereka sanggup membunuh rakyat demi mencapai visi dan misi jahatnya untuk memburukkan umat Islam. Dengan kata lain matlamat menghalalkan cara.

Apa bezanya dengan pimpinan UMNO. Kita jangan lupa Peristiwa Sauk. Demi mencapai matlamat jahatnya untuk memburuk-burukkan PAS, maka dirancang satu peristiwa seolah-olah ada kumpulan militan Islam yang dikenali sebagai Al-Maunah yang merancang untuk merampas kuasa. Perdana Menteri ketika itu, Mahathir mendakwa bahawa ramai anggota Al-Maunah adalah terdiri daripada orang PAS. Akhirnya terdedah juga segala perancangan jahat UMNO di bawah arahan Mahathir ini apabila Tranungkite menyiarkan gambar dwi peranan Jaafar Puteh (sebagai tebusan dan ahli kumpulan Al-Maunah). Mahathir jadi gelabah apabila tersiarnya gambar ini dan mengarahkan seluruh media utama menghentikan segera sebarang penyiaran berita tentang Peristiwa Sauk.

Selain daripada untuk memburukkan imej PAS dalam Peristiwa Sauk ini, sebenarnya Mahathir juga mahu mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar yang melanda negara ketika itu. Isu Anwar Ibrahim dipenjara dan dipukul, isu rasuah Daim Zainuddin, isu Perwaja dan pelbagai lagi isu penyelewengan yang berlaku.

Sudah terlampau banyak kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO. Inilah akibatnya apabila rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang masih memberikan sokongan terhadap pemimpin yang tidak beriman walaupun dah pelbagai pendedahan yang dibuat.

Saya teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ceramahnya. Almarhum menyebut "Ada tiga golongan dalam dunia ini yang membunuh para ulama'. Golongan tersebut ialah Yahudi, Komunis dan UMNO."

Tidak ada jalan lain untuk selamatkan negara ini kecuali dengan menjatuhkan Kerajaan UMNO / BN dalam Pilihanraya Umum 13 nanti.

Sekian.

Jazakallahukhairan kathira'

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger