Friday, December 12, 2008

Mampukah PAS Menawan Kuala Terengganu

17 Januari boleh kita jadikan indikator kedua selepas Permatang Pauh. Pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini bolehlah kita ibaratkan sebagai petunjuk samada Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR masih menjadi aspirasi dan harapan rakyat bagi menerajui negara atau sebaliknya.

Keputusan PRU12 bagi kerusi P36 ini, calon BN Allahyarham Razali Ismail mendapat 32,582 undi, Haji Mohamed Sabu dari PAS memperolehi 31,934 manakala calon Bebas Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. BN (Barisan Neraka) hanya menang tipis dengan majoriti 648 undi.

Jika dilihat dari keputusan ini, tidak mustahil BN akan menaja seorang calon Bebas dalam menghadapi pilihanraya kecil ini dengan tujuan memecahkan undi PAS. Mungkin sekali lagi nenek ini akan hadir ke pusat penamaan calon sebagai calon Bebas. Kalau nak dikira dari sudut logik akal, apa perlunya nenek ni buang duit sendiri RM10 ribu saja-saja kalau tak ditaja.

Apa yang pasti UMNO/BN akan meneruskan 'kerja terkutuk' mereka dengan menabur wang, menghantar pengundi hantu dan mengarahkan SPR membuang nama para pengundi yang menyokong PAS dari Buku Daftar Pemilih. Para pengundi dan penyokong PAS mesti sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa sehingga ke saat akhir bagi memastikan nama mereka tidak hilang dari Daftar Pemilih. Jangan sekali-kali percaya dengan cakap Pengerusi SPR yang 'celaka' tu. Kalau aku tengok muka dia pun aku dah tak percaya.

Aku sebenarnya risau juga bila teringat kembali tentang janji Anwar Ibrahim kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat akan take-over Putrajaya pada 16 September lalu. Akhirnya tak jadi. Bila ditanya oleh wartawan, Anwar memberitahu pelbagai alasan dan sebab. Kemudian diikuti pengumuman kedua beliau dalam bulan November lalu menetapkan tarikh jangkaan take-over sebelum Hari Raya Haji.

Dari sudut politik, memang tidak dinafikan kenyataan ini perlu dibuat bagi menunjukkan kesungguhan bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menerajui negara dengan pemerintahan yang cekap, adil dan amanah sebagaimana yang dinantikan oleh rakyat selama ini. Ianya juga memberikan isyarat jelas kepada parti pemerintah bahawa mereka sudah tidak relevan lagi.

Masalah yang timbul hari ini apabila rakyat sudah mula mempersoal dan mempertikaikan janji yang dibuat oleh Ketua Umum PKR itu. Kesannya ialah harapan dan keyakinan rakyat sudah mula terhakis terhadap Pakatan Rakyat. Janji tinggal janji. Bagi rakyat, mereka tidak mahu ambil tahu apa sebab tarikh 16 September dan 8 Disember (Hari Raya Haji) tidak menjadi. Mereka hanya ternanti-nanti tarikh keramat itu.

Hari ini kita sendiri melihat UMNO/BN menggunakan segala media yang dikuasainya untuk terus memburukkan Pakatan Rakyat yang gagal dalam misi ke Putrajaya. Pastinya isu kegagalan ini akan digunakan oleh UMNO/BN dalam kempen piliharaya kecil Kuala Terengganu ini. Jangan kita ambil remeh perkara ini. Besar kesannya terhadap minda pengundi. Dalam hal ini, PAS khususnya perlu bijak untuk menangani isu ini dalam kempen mereka nanti.

Perlu disedari bahawa pengundi di Terengganu ini hanya terdiri dari pada DUA golongan saja. Golongan kuat PAS dan kuat UMNO. Tak ada kategori atas pagar atau luar pagar atau tepi pagar.

Semuga Allah memberikan kemenangan kepada calon PAS. Amin.......

Sekian, ponsikau.

Kota Kinabalu.






No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger