Tuesday, December 30, 2008

Family Trips To Tanjung Simpang Mengayau Kudat





Tanjung Simpang Mengayau yang terletak kira-kira 25 km daripada bandar Kudat merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Jarak dari Kota Kinabalu ke Tanjung Simpang Mengayau ini kira-kira 200 km. Jika anda memandu kereta, ianya mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Jalanraya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Kudat adalah baik. Anda pastinya terpikat dengan pemandangan di sepanjang perjalanan ini.

Tidak keterlaluan jika boleh saya katakan bahawa Tanjung Simpang Mengayau ini adalah destinasi yang tercantik yang pernah saya kunjungi. Pantainya bersih serta persekitarannya belum terusik. Air lautnya sangat jernih (crystal water) dan sangat sesuai untuk mandi-manda.

Jika anda berkesempatan untuk melancong bersama keluarga, Sabah adalah pilihan terbaik.

Salam dari kami sekeluarga.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger