Thursday, December 18, 2008

Kekayaan Dunia Idaman Manusia Akhir Zaman

Di akhir zaman ini, sebahagian besar manusia di seluruh pelusuk mukabumi berlumba-lumba mahu menjadi kaya tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun. Semuanya bercita-cita mahu bergelar 'millionaire' atau 'billionaire'.

Aku sendiri pun ada cita-cita nak jadi orang kaya. Kalau tak sampai jadi jutawan pun, asalkan ada pendapatan puluhan ribu sebulan pun jadilah. Sapa yang tak nak jadi kaya ohh.. Pakai BMW, rumah banglo, pakaian berjenama mahal, selalu melancong ke luar negara. Nak tambah isteri biar cukup sampai 4 orang pun boleh. Mana yang dah berkenan di hati, pergi saja masuk meminang. Yang penting mesti pilih anak dara yang jelita. Barulah sepadan dengan taraf kita sebagai orang kaya. Pasal bakal mertua tu, tak perlu risau. Mereka tak akan tolak peminangan kita. Takkanlah mereka nak tolak tuah. Bakal mertua pasti tersenyum bila melihat bakal menantu pakai BMW atau Mercedes. Berapa saja hantaran mereka minta, tiada masalah. 'Small matter' kata mat saleh.

Inilah hakikat kehidupan dunia akhir zaman. Bagi golongan kafir, mereka memang menjadikan dunia ini sebagai 'syurga'. Seluruh kehidupan mereka hanya bertuhankan hawa nafsu dan hartabenda. Bagi mereka, kekayaan hartabenda adalah segalanya dalam hidup. Siapa yang lebih kaya, maka mereka akan disanjung dan dihormati dalam masyarakat.

Bagi umat Islam pula, sejak kejatuhan Pemerintahan Kerajaan Islam Othmaniah Turki, maka bermulalah zaman pemerintahan sekular yang dipelopori oleh Kamal Attartuk Laknatullah, Bapa Sekularisma Turki. Manusia durjana ini telah berjaya mensekularkan sebahagian besar rakyat Turki di zaman pemerintahannya. Sehingga saat ini masih ramai rakyat Turki berpegang teguh kepada fahaman yang menyesatkan ini.

Yang menyedihkan kita apabila 'promosi' fahaman sekular ini mendapat sambutan hangat di kalangan sebahagian besar pemimpin negara umat Islam termasuk Malaysia. Hasilnya, hampir semua negara Islam mengamalkan pemerintahan toghut yang jelas merosakkkan fahaman dan aqidah umat Islam. Hasilnya, lahirlah generasi umat Islam yang hidup bertuhankan hawa nafsu dan hartabenda. Islam hanya tinggal pada kulitnya saja.

Hari ini kita boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana keadaan umat Islam dalam negara kita. Sudah hilang ukhwah Islamiyah. Tiada rasa kasih sayang. Hati sudah tidak tersentuh bila melihat saudara Islam yang hidup dalam kemiskinan. Hati menjadi benci dan meluat bila ternampak saudara Islam menjadi peminta sedekah. Hati tidak sensitif bila mendapat tahu ada orang Islam yang dimurtadkan. Hati tidak kenal dan cinta pada Allah. Tidak kasih pada Rasulullah. Benci dengan para ulama' muktabar. Sebaliknya yang lebih dikenali dan dipuja ialah para penyanyi dan artis. Anak sudah tidak menghormati ibubapa, para isteri pula tidak taat pada suami manakala suami pula ramai yang takut pada isteri.

Inilah hasil didikan fahaman sekular yang memisahkan agama dengan kehidupan. Agama hanya pada sembahyang, puasa, zakat, haji, nikah dan sembelihan binatang sahaja. Selain daripada itu, semuanya ikut fahaman Kristian termasuklah cara dan gaya hidup, sistem ekonomi, pemerintahan, pendidikan dan lain-lain. Lebih teruk lagi apabila semakin ramai anak remaja Islam yang terlibat dengan gejala yang tidak berakhlak seperti perzinaan, dadah dan pelbagai jenis jenayah. Juga semakin ramai anak remaja yang tidak bersolat malahan ada yang langsung tidak tahu untuk mendirikan solat.

Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa pada akhir zaman nanti umat Islam ibarat buih. Ramai tetapi tiada kekuatan. Apa yang diperkatakan oleh Baginda telah pun berlaku hari ini. Rasulullah juga ada menyebut bahawa ramai di kalangan umat akhir zaman yang terpedaya dengan keindahan dunia. Dunia semakin cantik tetapi sudah terlalu tua. Hanya menanti saat dan ketikanya saja untuk dimusnahkan oleh Allah.

Kita muhasabahlah diri sendiri. Jangan kita termasuk dalam golongan yang muflis di Akhirat kelak. Marilah kita berlumba-lumba mencari 'harta kekayaan Akhirat'. Kita kena ingat bahawa insan terkaya di Akhirat kelak ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak ada jalan lain untuk menjadi orang kaya Akhirat melainkan kembali kepada Islam yang sebenarnya serta beramal soleh. Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua sehingga berjaya menjadi seorang hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Insya-Allah.

Sekian.

Salam ukhwah dari negeri di bawah bayu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger