Wednesday, April 13, 2011

Peluang 50-50 di N20 Sadong Jaya

Masuk hari ketiga penulis berada di DUN Sadong Jaya yang ditandingi 3 penjuru. Antara PAS, BN dan Bebas. Pengundi Sadong Jaya berjumlah 7,656. Melayu (74%), Cina (24%) dan Iban (2%).

Asasnya, respon pengundi Melayu terhadap PAS dan Pakatan Rakyat amat baik. Malahan ada petugas BN yang ditemui oleh petugas PAS mengakui secara berbisik "Kami hanya mahu cari wang saja di sini. Undi tetap pada PAS".

Yang jelas majoriti rakyat Sarawak, khususnya Iban memang amat membenci Tok Uban (Mahmud Taib). Kezaliman terhadap kaum Iban dan Penan memang ketara sekali.

Senario ini amat berbeza berbanding PR DUN pada 2006.

Di sudut pengundi, Cina dan Iban diyakini akan mengundi Pakatan Rakyat manakala Melayu, penulis hanya berani mengatakan 50-50. Jika ramalan ini benar, maka pengundi Cina dan Iban jadi penentu pada 16 April ini.

Secara keseluruhan, di Parlimen Sibu, Miri dan Bintulu memang dikuasai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Sambutan rakyat terhadap ceramah Pakatan amat berbeza berbanding sebelumnya. Semasa Anwar dan pimpinan lain berceramah di Miri dan Sibu baru-baru ini telah dihadiri hampir 10 ribu rakyat. Manakala di pihak BN, boleh dikira dengan jari yang hadir.

Penulis lebih suka bersikap berpijak di bumi nyata.

In person, mungkin BN masih memerintah Sarawak tapi dalam keadaan tak selesa. Penulis meramalkan, jika diizinkan Allah SWT, Pakatan Rakyat mampu menguasai sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN dalam pilihnaraya kali ini.

Sekiranya ini yang terjadi, nescaya Najib akan menangguhkan PRU13 hingga Mac tahun depan.

Masa Untuk Berubah

Sunday, April 10, 2011

Penulis di Kuching

Selamat tiba di lapangan terbang Kuching jam 9.20 pagi dari Kota Kinabalu. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit. Secara kebetulan, penulis ditemani oleh dua anak muda yang juga akan bertugas di DUN Sadong Jaya. Tak sabar rasanya mahu bertemu sahabat lama, Valentine Lee, selepas 19 tahun kami terputus hubungan dan baru-baru ini bertemu di Facebook. Kami sama-sama bertugas di SMK Pitas, Kota Marudu Sabah.

Lebih kurang jam 9.45 pagi, dia tiba di airport bersama isterinya Margaret. Kemudian kami terus menuju ke Kuching dan singgah mengisi perut di medan selera berhampiran Water Front Kuching. Berbual panjang sambil mengenang kisah lama di Pitas. Suka-duka mengajar di kawasan pendalaman. Jalan balak, tanpa bekalan air dan letrik. Namun semuanya pengalaman yang amat berharga buat kami yang mungkin tidak dinikmati oleh orang lain.

Selepas makan, Valentine dan isterinya membawa kami ke Jalan India (macam Jalan Mesjid India KL). Sempat jugalah menjenguk Water Front Kuching, kira-kira beberapa langkah saja dari kawasan 'Mesjid India' tu.

Lebih kurang jam 11.45 pagi, kami berpisah.

Sementara menunggu sahabat dari Sadong Jaya yang secara kebetulan mahu menghantar rakan ke airport Kuching, jadi kami bertiga membetis menuju ke Mesjid 'Pink'.

Penulis akan cuba update setiap perkembangan yang berlaku di DUN Sadong Jaya dari masa ke semasa jika ada liputan Broadband si sana.

Jazakallah.

Friday, April 8, 2011

Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa ‘bunuh diri’ - Kesatuan Kastam

KUALA LUMPUR, 8 April — Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”

“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak

“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.

“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.

Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.

“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

- tmi

Thursday, April 7, 2011

Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

- malaysiakini

Penulis yakin Allahyarham tidak bunuh diri

Merujuk kepada penjelasan sahabat karibnya, jelas Allahyarham seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan sentiasa merendah diri. Selain keluarga terdekat, buat kali keduanya seluruh rakyat dikejutkan dengan berita kematian Pegawai Kanan Kastam itu di pejabat SPRM. Ini adalah kes kedua jatuh dari bangunan SPRM selepas Teoh Beng HIck.

Tentu sesuatu yang pelik bila 2 kematian yang berlaku di bangunan SPRM melibatkan kes jatuh bangunan.

Dalam kes Beng Hock, keadaan mayat mendiang sewaktu ditemui amat meragukan sebagai kes jatuh bangunan. Sebab tiada kelihatan percikan darah di sekitarnya. Sila bandingkan photo mayat Teoh Beng Hock dengan mayat Tan Kian Hong yang jatuh dari tingkat 8 sebuah apartmen.


Dalam kes Allahyarham Sarbani, mengapa pihak SPRM tidak menyiarkan gambar mayat ketika ditemui di lokasi jatuhnya dari bangunan itu sebagaimana didakwa. Rakyat mahu lihat sendiri.

Jika dalam kes Teoh Beng Hock ada gambar disiarkan di mana mayatnya ditemui, tapi kenapa dalam kes ini tiada gambar mayat di lokasi jatuh disiarkan?

Pihak SPRM tidak boleh menyalahkan tanggapan umum yang meragui bahawa Allahyarham telah bertindak terjun dari bangunan (bunuh diri) sebab dalam kes Teoh Beng Hock sendiri banyak petunjuk membuktikan beliau didera dan dibelasah teruk semasa dalam siasatan. Kita boleh lihat sendiri keadaan mayatnya sebagaimana gambar di atas.

Kita tak menuduh mana-mana pihak tapi penjelasan yang dibuat oleh sahabat karib Allahyarham dan juga Kesatuan Kastam menggambarkan bahawa ini bukan kes bunuh diri.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Sarbani.

Al Fatihah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger