Showing posts with label Syeikh Ahmad Yasin. Show all posts
Showing posts with label Syeikh Ahmad Yasin. Show all posts

Thursday, January 15, 2009

Rintihan Syeikh Yasin (6 Bulan Sebelum Syahid)

Ini adalah sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yasin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6 September 2003. Marilah kita sama-sama renungkan kata-kata Assyahid ini ;

"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atas ku turut menimpa bangsa Arab hingga mennjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataupun kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan "Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dann bantulah hamba-hambaMu yang beriman."

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa' untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

Ya Allah, kami mengadu kepada Mu... kami mengadu kepada Mu... kami mengadu kepada Mu... kami mengadu kepada Mu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepada Mu... darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepada Mu... berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepada Mu... betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami....."

Jazakallah.








Assyahid Syeikh Ahmad Yasin Bapa Intifadah Palestin

Walaupun Assyahid lumpuh seluruh badan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan pembantunya, namun beliau sangat digeruni oleh pemimpin rejim Zionis Laknatullah. Kenapa puak pemimpin pengganas rejim Zionis begitu takut sekali dengan seorang insan yang lumpuh, uzur dan hanya boleh menggerakkan kepalanya saja ?

Inilah yang Allah janjikan kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Allah akan menimbulkan perasaan takut dan gerun ke dalam hati musuh terhadap golongan yang bertaqwa. Bagi orang mukmin pula, Allah akan meletakkan rasa kasih sayang mereka terhadap golongan insan seperti Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.

Assyahid bersama beberapa tokoh masyarakat mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau di dalam bahasa Arab disebut Harakatul Muqawamatil Islamiyyah. Pertubuhan ini membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam bagi menentang penjajahan Yahudi Zionis di Palestin. Syeikh Yassin dipilih sebagai pemimpin tertinggi (Mursyidul Am).

Dengan tertubuhnya Hamas, rakyat Palestin yang selama ini teraba-raba mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan kebangkitan yang menyeluruh atau dikenali sebagai INTIFADAH. Penentangan terbuka rakyat Palestin bermula pada 9 Disember 1987. Tercetusnya intifadah pertama apabila berlakunya peristiwa sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam Palestin dan mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 9 lagi cedera. Ekoran dari peristiwa ini, maka bermulalah intifadah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu ke arah musuh. Umat Islam Palestin pada ketika itu tiada senjata api. Kegagalan mendapatkan bekalan senjata api disebabkan semua sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan.

Walaupun dengan lontaran batu tetapi sudah cukup untuk menggerunkan puak tentera rejim Zionis. Batu yang dilontar itu bagaikan nuklear. Kebangkitan rakyat Palestin ini sangat membimbangkan rejim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Syeikh Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negara ke Lubnan. Namun ugutan itu langsung tidak diendahkan oleh Syeikh Yasin malahan operasi membunuh tentera pengganas Israel terus dipertingkatkan oleh para pengikutnya. Talibarut Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh.

Walaupun rejim Zionis menangkap, memenjara dan menyiksa Syeikh Yasin sehingga seluruh badannya lumpuh, mata kanannya buta manakala sebelah kirinya kabur dan telinganya sentiasa sakit serta paru-parunya rosak akibat siksaan dalam tahanan, namun semuanya ini tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus berjuang. Begitu juga dengan pimpinan Hamas yang lain serta para pengikutnya. Perjuangan yang mereka mulakan dengan lontaran batu sudah berubah wajah kepada serangan menggunakan bahan letupan dan senjata api ciptaan mereka sendiri. Mereka juga berjaya mencipta peluru berpandu serta pelancarnya yang dinamakan Sarukh Al Qassam.

Kemuncak kepada intifadah ini adalah Amaliyyah Istisyhadiyyah. Operasi serangan berani mati ini memang sangat menakutkan rejim Israel. Walaupun operasi ini merbahaya dan boleh mengorbankan nyawa para pejuang Hamas, namun mereka berjaya membunuh ramai pengganas Yahudi serta memusnahkan kepentingannya sekali.

Hari ini Syeikh Yasin telah tiada. Beliau telah menemui syahid sebagaimana yang dicita-citakannya. Begitulah juga dengan pimpinan Hamas yang lain seperti Dr. Aziz Rantisi serta para pengikutnya. Walaupun telah ramai di kalangan para pejuang Hamas yang terkorban, namun semangat juang mereka yang masih hidup terus membara bersama kebangkitan rakyat Palestin. Mereka memang tidak takut mati dan cintakan syahid. Mereka yakin dengan janji Allah.

Semuga Allah mengurniakan darjat syahid yang tinggi kepada mereka dan memberikan pertolongan kepada mereka yang masih hidup dalam menghadapi serangan musuh rejim Zionis.

"Lebih Baik Kita Mati Syahid Daripada Mati Kena Kencing Manis"

Sekian, Jazakallah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger