Monday, April 9, 2012

Bapa Altantuya nafi dibayar agar tutup mulut

Bapa kepada Altantuya, Setev Shaariibuu, menafikan dakwaan bahawa beliau telah dibayar wang supaya mendiamkan diri berhubung kes pembunuhan kejam anak sulung itu. Professor di universiti Mongolia itu menegaskan, beliau tidak menerima sesen pun daripada kerajaan Malaysia.

Beliau berkata demikian melalui seorang jurubahasa dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Setev mengulas khabar angin yang timbul sejurus selepas seorang tertuduh dalam kes tersebut, Abdul Razak Bagida di bebaskan daripada semua tuduhan berhubung pembunuhan tersebut.

Perbicaraan itu mengemukakan fakta Altantuya telah ditembak mati dan diletupkan menggunakan bahan letupan tentera oleh dua orang pegawai Unit Tindakan Khas pada 2006. - mk

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger