Friday, March 6, 2015

64 tahun masih gagal kuburkan UMNO

64 TAHUN usia yang agak panjang bagi sebuah parti yang lahir 1951. Apatah lagi dasarnya Islam. Al Quran dan Sunnah perlembagaannya. Pastinya cabaran, halangan, fitnah mehnah dan tribulasi menanti di hadapan. Tanpa iman, sabar dan kebijaksanaan pastinya akan patah di tengah jalan. Namun PAS masih bertahan hingga saat ini. Pengorbanan para ahli dan pendokong yang ikhlas menjadi asas kepada kekuatannya. Nyawa, harta, tenaga dikorbankan bagi melihat parti yang didokong berjaya jadi pengganti UMNO sebagai kerajaan.

Persoalannya kenapa masih gagal. Penulis cukup yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS sentiasa diingatkan dengan sepotong ayat Surah As Saff ni.

Adakah dipraktikkan dalam PAS? Atau sekadar bermain di bibir para Ulama Ustaz sebagai pembakar semangat ahli dan aktivis? Umumnya inilah kelemahan PAS. Cakap tak serupa bikin.

Di awal penubuhannya bertujuan menentang penjajahan Inggeris bersama pertubuhan lain Hizbul Tahrir, PKMM, API, PKM, AWAS dan lainnya. Akhirnya semua diharamkan Inggeris kecuali UMNO yang lahir 1946.

Ringkasnya, misi PAS selepas 'merdeka' adalah untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara dari UMNO dan Perikatan. Visinya pula untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.

Visinya jelas. Selaras dengan perintah Allah. Yang jadi tanda-tanya di mana silapnya hingga saat ni, secara keseluruhan PAS sekadar menguasai 14.77% pengundi (rujuk carta bar) dlm PRU13 lalu. Harus diingat peratusan ini dengan sokongan padu 80% undi Cina.

Bagi kawasan pilihanraya peratusan pengundi Melayu tinggi (70 - 85)%, PAS hanya mampu meraih undi purata Melayu sekitar 35% dan UMNO 65%. Jurang yang agak besar.

SEBAB APA PGU MASIH GAGAL?

Politik ialah persepsi. Kita berurusan dengan sentimen emosi dan perasaan manusia. Apa produk terbaik yang ditawarkan? Apa marketing strategies digunakan?

Bila berlaku pengharaman UMNO 1988, parti itu berpecah dua. UMNO Baru dan S46. Diketuai Mahathir dan Ku Li. Pada saat itu, Presiden PAS Almarhum Ust Fadzil Noor nampak peluang keemasan atas perpecahan UMNO. Maka PAS bertahaluf dengan S46 mendepani UMNO dlm PRU8 1990. Gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Dan strategi ini berjaya bila APU merampas Kelantan dari tangan UBN. Walau akhirnya APU bubar selepas PRU9 namun Kelantan terus kukuh di tangan PAS hingga hari ini. Takde siapa boleh nafikan faktor peribadi  Almarhum TGNA selaku MB Kelantan selama 23 tahun menyumbang kepada kekuatan pengaruh PAS itu sendiri. Namun selepas ketiadaan beliau, PAS seolah hilang 'aura'nya.

HAJI HADI?

Hj Hadi hanya seorang Tok Guru dan Ulama saja. Di sudut kepimpinan, beliau hanya pemimpin kepada pengikut dan pentaksubnya saja. Bukan pemimpin umat. Ada yang berpandangan beliau dikategori oleh sesetengah pemerhati sebagai 'elit'. Ada benarnya juga. Begitu juga Dr Harun Din.

PENDEKATAN KURANG BIJAK

Penulis melihat pendekatan PAS tak berubah sedari dulu lagi. Awal 80an isu kafir-mengkafir jadi mainan lidah ahli PAS. Ia semakin 'panas' ekoran Amanat Hj Hadi yang secara sinisnya 'mengkafirkan UMNO'. Sejak itu bermulalah era solat 2 imam. Ada masjid PAS UMNO. Sembelihan UMNO haram dimakan. Boikot Imam UMNO dan seumpamanya. Tentunya ahli dan penyokong UMNO 'benci' PAS krn mengkafirkan mereka. Kebencian itu berlarutan hingga sekarang dan terbukti dgn undi diperolehi statik pada kadar purata 33 : 67.

Samada PAS sedar atau tidak, itu penulis tak tahu. Trengganu misalnya. Penduduk hampir 96% Muslim. Bukankah ada tokoh hebat PAS di sana. Hj Hadi. Nape k'jaan PAS pimpinan Hadi boleh tumbang dlm PRU11? Alasan diberi ialah UMNO tipu undi. Soalnya, nape k'jaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum TGNA boleh kekal lebih 23 tahun? Penduduknya juga hampir 90% Muslim. Apa yang UMNO tak buat zalim pada Kelantan? Sebut je.

Itulah perangai majoriti orang Trengganu. Angkuh, taksub dan bodoh sombong. Hanya tahu menyalahkan musuh sedangkan kelemahan dan kesilapan sendiri tak pernah diambil pusing.

Kolektifnya, PAS masih duduk di dalam kotaknya sendiri sedangkan Islam itu sendiri relevan sepanjang zaman hingga Qiamat. Al Quran dan As Sunnah telah tersedia depan mata. Terpulang pada kita cara mana untuk menterjemahkan ke dalam masyarakat bagi membuktikan Islam itu syumul. Perfect.

FITRAH MANUSIA

Hidup di dunia ni memang kita berurusan dengan manusia. Hablum minan nas. Setiap manusia pada asasnya punya fitrah sama. Kasih-sayang, kebenaran dan keadilan. Namun di sudut lain, kemahuan dan keinginan mereka berbeza.

Penulis tertarik bagaimana kaedah approach yang dilakukan oleh Al Arqam dulu hingga berjaya menyentuh hati manusia untuk mendekatinya. Malah ramai yang memeluk Islam hasil dari pendekatan bijak. Antara kejayaan Al Arqam ialah business network. Produk2 yang dikeluarkan mendapat sambutan seluruh lapisan masyarakat. Juga konsep hiburan Islam yang ditonjolkan. Ukhwah di kalangan pengikutnya harus dicontohi.

Pelik. Nape PAS masih gagal dalam konteks ini. Tiada dana yang kukuh untuk membantu rakyat. Bukankah pertambahan ahli PAS mendadak beratus kali ganda tika era Reformasi 98? Seharusnya PAS mampu menjana satu dana besar untuk Program Kebajikan Rakyat. Malangnya ini tak berlaku. Yang ada pun bermusim. Walhal terlalu banyak isu rakyat di bawah sana. Kemiskinan, pengangguran dan seumpamanya.

Pendakwah dan ahli politil yang bijak tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mengenali sasaran dan tahu 'peluru' apa yang harus digunakan. Bukan main terjah saja.

Malangnya, apa yang PAS tahu hanya mengkafirkan orang saja. First approach pun sudah gagal. Jadi, jangan salahkan rakyat tidak beri undi.

Wallahu'alam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger