Friday, December 6, 2013

Organisasi Rahsia 3 : The Great Seal

Mungkin ada di kalangan kita yang tak pernah melihat atau memegang atau memiliki wang kertas 1 Dollar Amerika. Kalau ada sekalipun, namun kita tak pernah ambil peduli atau cuba mengkaji apa jua gambar yang tertera di atas wang tersebut. Yang kita peduli hanyalah nilainya saja. Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, negara Amerika Syarikat itu sendiri diwujudkan atas landasan dan kehendak organisasi rahsia Iluminati yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Zionis Yahudi. Untuk melebarkan jaringan pengaruhnya ke seluruh dunia, ditubuhkan pula Freemason yang boleh dianggotai oleh sesiapa saja dengan syarat-syarat yang sangat ketat.

Mari kita lihat antara gambar yang terdapat pada wang kertas 1 Dollar AS. Piramid yang terpotong pada bahagian atas melambangkan bentuk pusat dari sudut sebaliknya. Pada bahagian bawahnya, tertulis angka 1776 dalam bahasa Rom : MDCCLXXV1. Di puncak piramid terdapat segitiga di keliling cahaya kemuliaan dan muncul sebiji mata yang melihat segalanya. Di atas simbol mata, tertulis perkataan Annut Coeptis, yang bermaksud "Dia tersenyum pada usaha kami". Manakala di bawah piramid terdapat juga perkataan Novus Ordo Seclorum, yaitu Pemerintahan Dunia Baru.

The Great Seal dan 'mata yang melihat semua' ditemui pada pelbagai dokumen rasmi negara AS. Misalnya, surat pemilikan tanah, surat kelahiran dan seumpamanya. Pada bahagian tengah wang Dollar ditulis "In God We Trust", yaitu kami percaya kepada Tuhan. Tetapi orang yang design wang Dollar adalah musuh Tuhan. Mereka tidak akan memuja-Nya, kecuali dengan cercaan dan tipu-daya. Sesungguhnya Allah Maha Mengeetahui, Maha Melihat, Maha Pencipta dan menguasai seluruh isi alam kepunyaan-Nya.

Apa yang menarik, wang Dollar AS sebenarnya tidak mempunyai sebarang nilai. Hutang AS tidak mampu dibayar dan jumlah emas yang dimiliki AS lebih sedikit dari wang Dollar yang sedang beredar. Kementerian Kewangan mencetak wang bagi membayar hutang negara, namun wang itu tidak disokong oleh emas. Amerika sebenarnya sedang muflis, namun apa yang pelik manusia tetap saling berbunuhan bagi mendapatkan wang Dollar AS. Sehingga kini masih ramai negara menggunakan matawang Dollar bagi tujuan transaksi negara mereka.

Mungkinkah simbol-simbol yang dicetak pada Dollar AS memiliki sihir bagi sesiapa yang menyentuh dan melihatnya? Dunia masih menggunakan dan cinta pada Dollar AS walaupun mengetahui matawang AS itu tidak mempunyai nilai. NWO menggunakan pelbagai cara bagi menipu kita. Mereka menguasai media yang menjadi senjata untuk menguasai manusia. Dengan kuasa yang dimiliki, mereka menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin sebuah negara. Negara-negara Islam Islam seperti Libya, Iraq dan Afghanistan perlu hancur dan tunduk kepada mereka. Mereka melabelkan Muslim sebagai teroris dan dunia mempercayai segala-galanya. Seorang Muslim yang taat tidak akan menghancurkan pusat membeli-belah yang penuh dengan orang yang tak bersalah. Hanya orang gila saja yang tergamak melakukannya.

Bagi membincangkan NWO, kita perlu kembali ke zaman piramid. Nabi Musa pernah bertanding dengan ahli sihir Firaun. Keturunan ahli sihir ini mengajar sihir kepada para Panglima Templer di Kuil Sulaiman, Jerusalem. Mereka memiliki semua jin yang dikawal oleh syaitan bagi menyerang dan menipu kita. Mereka mempersiapkan diri menyambut kedatangan Dajjal laknatullah.

Siapa yang beriman kepada Allah akan bertambah kuat imannya ketika menghadapi ancaman ini. Oleh sebab itu NWO takut pada umat Islam. Orang Islam inginkan syahid ketika melawan musuh, kerana Allah sudah menjanjikan keampunan dan syurga bagi mereka yang berperang atas jalan Allah.

Kita sudah diperingatkan sejak dulu supaya bersiap sedia. Adakah kita sudah bersiap sedia menghadapi dan melawan ancaman yang kita hadapi hari ini? Adakah kita takut dan mahu lari daripada menghadapinya?

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan kita pada 1,400 tahun dahulu mengenai Dajjal. Ibnu Umar menyampaikan, "Suatu hari Rasulullah berdiri di kalangan manusia, memuliakan dan memuji Allah dan menceritakan perihal Dajjal. Rasulullah mengingatkan, 'Aku mengingatkan kalian mengenai (Dajjal). Tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan kaumnya berkenaan Dajjal. Tidak ada keraguan. Nabi Nuh mengingatkan kaumnya berkenaan dia, tetapi aku akan sampaikan sesuatu yang tidak ada Nabi yang sampaikan sebelum ini. Kalian harus tahu, dia bermata satu dan Allah tidak bermata satu." (Sahih Bukhari)

Mari kita lihat tanda-tanda Dajjal dengan jelas. Mungkin beberapa tanda atau simbol ini berada di pejabat atau di rumah kita tanpa kita sedari.

Sekiranya kita melukis garis berbentuk heksagram pada lambang Great Seal, kita dapat menemui huruf-huruf yang membentuk perkataan MASON seperti dalam gambar di atas. Suatu kebetulan yang menarik bukan? Terdapat banyak lagi kebetulan yang berkait dengan penciptaan wang Dollar AS.

Apakah semua ini hanya kebetulan atau memang telah dirancang secara rapi sejak 1776?

bersambung.....

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger