Sunday, December 15, 2013

Latar Belakang Freemason (Update)

Rancangan awal bukan bermula dari Rumah Putih. Ia bermula sebelum pendatang menetap di Amerika Utara. Pada tahun 1095 di sebuah tempat bernama Claremont, Perancis. Pada abad ke-11, Eropah ketika itu di bawah kuasa gereja. Mereka menjadi pengawal fikiran dan hati rakyat. Dengan kuasa ini, memberi peluang kepada Paus Erwin II membiayai usaha memerangi khalifah Islam. Mereka melabel perang ini sebagai Perang Salib bagi merebut kembali wilayah Jerusalem, yang berada dalam kekuasaan Islam sejak tahun 637.

Atas nama Salib, wanita diperkosa dan diseksa, kanak-kanak dibunuh dengan pedang, dan banjir darah melimpah di jalan hingga paras lutut kuda. Dari tanah yang bergelimpangan dengan darah dan pengganas, sekumpulan manusia bangkit dan tidak akan berhenti berjuang walaupun mereka akan mati.

The Dome of the Rock (Kubah Batu)

The Dome of the Rock di Jerusalem menjadi rebutan oleh sekumpulan pemuda yang menggelar diri mereka sebagai Pendeta Kesatria Kuil Solomon atau lebih dikenali sebagai Knight Templer.

Mereka semakin jauh dengan gereja, dan mereka belajar dengan orang Yahudi mengenai seni rahsia Kabbalah dan bersama-sama meraikan ritual-ritual hitam itu. Ini adalah ritual sihir yang sudah wujud sejak zaman dahulu lagi. Orang Yahudi mempelajarinya daripada penganut paganisme zaman Mesir Kuno. Mereka membawa budaya ini ke Babylon ketika pemerintahan Nebukadnezar.

Sihir yang dipelajari Knight Templer sama dengan sihir yang digunakan oleh tukang sihir semasa zaman Nabi Musa a.s. Mereka menguasai sihir dan mereka adalah musuh-musuh Allah yang sangat nyata.

Pada tahun 1307, semasa pemerintahan Raja Phillip di Perancis, para Templers ditangkap atas tuduhan menentang Nabi Isa a.s., homoseksualiti, pemujaan berhala dan juga sihir.

Pada tahun 1314, Paus Claymont V melancarkan perang kepada semua yang menentang agama Kristian. Kerajaan memerintahkan seluruh tanah dan hak miliknya diambil-alih. Ketua mereka, Chekthemolay ditangkap dan dibakar. Para Templers mula takut dan merasakan kelompok mereka akan mati. Tetapi akhirnya mereka menemui harapan, yaitu mendapat tempat perlindungan dan keamanan di luar Perancis.

Mereka berada di sebuah negara yang sedang memperjuangkan kemerdekaan dari Britain, dan negara itu adalah Scotland. Harapan Scotland supaya merdeka apabila Raja Scotland William Wallace mangkat. Raja Scotland yang baru, Robert the Bruce mendapat keyakinan baru dengan kehadiran para pejuang Templers. Pengalaman mereka menentang pasukan Islam, selama beratus tahun menjadikan mereka pakar dalam peperangan. Kini, para Templers mempunyai senjata rahsia ampuh yaitu sihir.

Pada tahun 1314, para Templers bersama Bruce dan pasukannya turun ke medan "Ballack Run" bagi menentang Britain. Perikatan Robert Bruce dengan para pemuja berjaya mengalahkan Britain yang ketika itu mempunyai kekuatan sebanyak 25,000 tentera. Britain dimalukan oleh tentera Scotland yang hanya 6,500 orang. Impian kemerdekaan bagi Scotland akhirnya dicapai. Para Templers bangkit kembali dari hujung kehancuran, sejak dari itu mereka tidak pernah dikalahkan lagi.

Kali ini, mereka mengawal negara dengan mengawal raja bagi menjayakan pemerintahan rahsia para Templers. Mereka rela mati demi menjayakan cita-cita mereka. Bagi para Templers yang berjaya keluar dari Eropah, dapat berehat dengan tenang dalam Rovelin Chapel Scotland, yang sehingga kini tetap berdiri teguh menjadi mercu tanda Britain. Keturunan mereka hidup dan berkembang sebagai lambang kekuatan dari negara Scotland.

Pada tahun 1603, kematian Ratu Elizabeth I meninggalkan Britain tanpa pewaris takhta. Mengikut tradisi, Raja James V dari Scotland akan menjadi Raja Britain. Disebabkan itu, Britain dan Scotland bergabung menjadi kerajaan baru. Kerajaan baru ini kemudiannya dikenali sebagai United Kingdom.

Kekuatan para Templers kini dilebarkan dan mempengaruhi seluruh Britain. Lebih 100 tahun para Templers merahsiakan aktiviti mereka. Sepanjang tempoh itu, mereka menghabiskan masa merancang, mengumpul dan meletakkan jawatan-jawatan yang kuaat di seluruh dunia.

Pada tahun 1717, para Templers kembali menunjukkan kewujudan mereka di Eropah. Kini mereka berkembang dalam jumlah dan kekuatan yang sudah bersiap-sedia bangkit. Mereka ingin melakukan perubahan jati diri, bersih dan bebas daripada pengaruh dan prestasi masa lalu. Identiti baru mereka diberikan kredibiliti dalam kerajaan Britain. Nama yang menjadi pilihan mereka adalah sebuah nama yang diketahui ramai orang tetapi hanya difahami oleh segelintir manusia, yaitu Freemason.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger