Wednesday, December 4, 2013

Organisasi Rahsia 2 : Tanda NWO Di Semua Tempat

Pejabat tertinggi Kerajaan AS dibina bagi mencipta Pemerintahan Dunia Baru. Landasan Amerika Syarikat dibina atas sebuah ideologi Freemason. Kita dapat menemui pelbagai tanda atau simbol mereka di mana-mana sahaja. Tidak terhad di AS sahaja, malah ia boleh ditemui di semua tempat. Wujud konspirasi di seluruh dunia, jauh lebih mendalam daripada apa yang kita sedari. Konspirasi ini bergerak dengan kekuatan yang tidak terduga. Rakan-rakan kejahatan sedang membina sebuah Pemerintahan Dunia Baru (New World Order).

Pada zaman kini, kita sudah melupakan pengetahuan asas yang diturunkan kepada kita sejak zaman Nabi Adam dan Hawa. Pengetahuan asas ini mengatakan terdapat satu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Nya, Dia tidak melupakan kita dan Dia tidak mati.

Iblis (Azazil), jin jahat yang diusir dari Sidratul Muntaha kerana cemburu Allah menciptakan manusia. Iblis enggan sujud kepada Adam, manusia pertama yang diciptakan di dalam Syurga. Iblis dengan angkuh berkata "Aku dijadikan daripada api dan Adam dijadikan daripada tanah. Aku lebih mulia daripada Adam, bagaimana aku mahu sujud padanya". Atas kesombongannya itu, Iblis diusir daripada Syurga dan Allah telah melaknatinya hingga hari Qiamat dan tempat kembalinya ialah Neraka. Sesiapa yang sesat dari jalan-Nya, Allah sudah menjanjikan tempat yang kekal dalam Neraka.

Sebahagian besar manusia sudah lupa kepada Allah. Dia Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Allah tidak berbohong dan tidak memungkiri janji-Nya, berbeza dengan manusia. Iblis sudah bersumpah untuk menyesatkan manusia seramai mungkin dari kebenaran dan jalan-Nya. Allah sudah memberi peringatan kepada kita semua supaya berwaspada dan berhati-hati. Syaitan dan tenteranya sudah menunggu bagi menyerang kita dari pelbagai arah yang tidak diduga. Antara kaedah serangan adalah melalui penggunaan simbol-simbol yang menyatakan mereka adalah pengikut syaitan, Freemason dan sekutu jahat mereka.

Simbol Pada Dollar AS

Simbol-simbol yang mudah ditemui dalam wang kertas Dolar AS ini adalah simbol yang menunjukkan pengikut daripada Lucifer. Mereka adalah Iluminati. Mereka adalah Freemason. Mereka adalah musuh manusia.

Melihat simbol yang ada pada Dollar AS, menggambarkan negara Mesir, bukannya Amerika. Burung helang yang menjadi simbol di wang tersebut menunjukkan tuhan orang Mesir, RA pula melambangkan pencerahan manusia.

Lambang Negara Amerika Syarikat

Encyclopedia Encarta menunjukkan lambang ini memiliki dua sudut, bahagian depan dan belakang. Hanya bahagian depan sudah dipotong kerana rosak, tetapi bahagian belakang sudah ditiru dan muncul, misalnya pada wang kertas 1 Dollar AS.

Bentuk yang kelihatan jelas pada bahagian depan lambang adalah helang Amerika, sayapnya terbuka luas. Pada bahagian dada helang terdapat perisai dengan garis vertical nipis berjumlah 13 jalur. 7 daripadanya berwarna putih berselang-seli dengan 6 merah yang dipayungi oleh sebuah bidang yang lebar berwarna biru. Pada kuku kaki sebelah kanan helang memegang batang zaitun dan pada kuku kiri memegang 13 anak panah. Kemudian pada paruhnya terdapat bendera tertulis bahasa latin E Pluribus Unum bermaksud "satu daripada banyak". Terdapat juga 13 bintang bersudut lima tersusun membentuk bintang bersisi enam dikelilingi oleh sinar yang bergambar helang.

Perhatikan 13 anak panah, 13 daun dan 13 garis pada perisai. Angka 13 menunjukkan pemberontakan Lucifer. 33 bulu pada sayapnya menggambarkan 33 darjat Freemason. Bunga adalah simbol kehidupan pada bahagian atas membentuk heksagram.

Adakah kita mendapat gambaran yang lebih jelas sekarang? Amerika Syarikat sejak ditubuhkan sebenarnya sudah dibentuk oleh Freemason. Tidakkah kita berasa hairan dengan simbol yang banyak dalam wang Dollar AS? Simbol-simbol ini yang ditemui padanya bukan kebetulan tapi gambar-gambar itu sengaja dicetak dan mempunyai alasan tersendiri. Simbol-simbol ini ibarat sihir.

Pembentukan negara AS sejak awal adalah sebuah ilusi. Rakyat Amerika sudah dikhianati oleh para pemimpin negara mereka sendiri.

bersambung.....

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger