Wednesday, February 29, 2012

Sorang lagi MP UMNO didapati bersalah

Rasuah, fitnah, bohong, tipu dan pelbagai perangai keji memang dah menjadi rukun hidup pimpinan UMNO selama ini. Dan itulah juga sifat dan perangai golongan MUNAFIQ sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam Al-Qur'an. Memang sukar untuk kita kenali golongan ini kerana pada zahirnya mereka Islam, bersolat, keluar zakat dan pergi haji tapi hakikatnya mereka sebenarnya musuh kepada Islam itu sendiri.

Di sudut politik, mereka menggunakan paltform itu sebagai jalan mudah untuk cepat kaya. Selain itu, demi mempertahankan kuasa, mereka sanggup melakukan apa saja bagi menjatuhkan pihak lawan. Amalan politik rasuah, fitnah, ugutan telah menjadi amalan wajib bagi mereka, malahan hingga sampai ke tahap membunuh musuh politik telah dilakukan sebagaimana yang terjadi dalam Peristiwa Memali 1985.

Terkini, satu lagi bukti menunjukkan betapa rosaknya pimpinan UMNO yang ada sekarang bila salah seorang wakil rakyatnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Sementara itu, Bernama melaporkan tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Abdul Rahman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, pembantu kepada Abdul Rahman - Rosli Busro, 44 - didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguambela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama.

Kedua-dua peguam itu berkata mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger