Friday, February 3, 2012

Apa muslihat KITA 5 negeri halang pembubaran?

Cadangan pembubaran KITA yang diumumkan oleh Presidennya Zaid Ibrahim baru-baru ini tentu ada sebabnya. Antaranya, KITA tidak akan mendapat sokongan rakyat jika bertanding dalam PRU13. Sekadar mendapat undi dari kalangan beberapa kerat ahlinya dan juga para simpati. Yang pasti hilang deposit. Penulis cukup yakin yang Zaid sendiri mahu melihat rejim UMNO BN tumbang dalam pilihanraya yang dijangka Jun depan.

Zaid juga cukup sedar parti-parti serpihan seperti AKIM (KITA) memang tidak berupaya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan parti-parti politik yang dah establish serta teruji seperti PAS dan DAP.

Contoh yang paling ketara ialah Parti Semangat 46 yang ditubuhkan berikutan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1988. Parti serpihan UMNO itu hanya mampu bertahan di Kelantan saja untuk tempoh 10 tahun. Selepas daripada itu, sorang demi sorang pimpinannya kembali ke pangkuan UMNO sebelum PRU 1999. Akhirnya, S46 berkubur begitu saja.

Antara faktor S46 boleh bertahan agak lama di Kelantan ialah kerana sokongan daripada ahli PAS dan ahli UMNO lama. Bila pimpinannya kembali ke pangkuan UMNO, ada penyokongnya yang ikut dan selebihnya masuk PAS.

Dalam konteks parti KITA, ianya sekadar penjenamaan semula dari nama asalnya AKIM. Kalau AKIM sendiri tak mampu meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya, maka hal yang serupa akan berlaku pada KITA.

Persoalannya, atas asas apakah KITA rasa dirinya mampu untuk meraih sokongan rakyat? Atau berperanan sebagai kelompok 'Third Force' atau sekadar pemecah undi?

UMNO BN memang mengalu-alukan kemunculan parti serpihan dalam persada politik tanahair. Apatah lagi turut masuk bertanding pilihanraya. UMNO cukup sedar undi boleh pecah dengan kehadiran mereka. Undi siapa? Undi atas pagar.

Malah UMNO sanggup menaja calon-calon bebas bagi memecahkan undi pihak lawan sebagaimana pernah berlaku dalam PRK Bukit Selambau di mana calon Bebas yang bertanding seramai 11 orang.

Bagi penulis, tindakan KITA di 5 negeri yang cuba menghalang pembubaran parti itu sebenarnya ada muslihat peribadi pihak tertentu. Tunggu sajalah apa kesudahannya selepas PRU13.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger