Saturday, September 10, 2011

PKR Sabah jangan obses sangat, orang meluat

Bila terbaca laporan berita keadilandaily hari ni, penulis rasa macam meluat pulak dengan kenyataan Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Dr Roland Shia Ming Shen yang berbunyi "Pakatan Rakyat Sabah sudah bersedia menjadi kerajaan, dengan komitmen untuk mengadakan konvensyen pada 16 September ini." Rasanya lebih elok jika diubah kepada "Pakatan Rakyat Sabah sudah bersedia menjadi pembangkang yang kuat..."

Kadang-kadang penulis hairan dengan sikap sesetengah pimpinan PKR negeri ni. Tak tahulah penulis atas asas apakah hingga begitu yakin membuat kenyataan sedemikian. Seharusnyalah PKR Sabah hentikan sebarang khayalan dan angan-angan. Berpijaklah pada bumi nyata. Ukur dulu baju sendiri. Jangan terpedaya dengan sambutan rakyat yang hadir ke dalam program kita. Kadang-kadang yang hadir itu adalah orang yang sama. Tidak bertambah dan berkurang.

Penulis nak sarankan agar pimpinan PKR ikut teladan yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang sewaktu PRN Sarawak dulu. Bila ditanya oleh wartawan tentang peluang DAP dalam PRN itu, pimpinan utama DAP itu menjawab dengan nada rendah diri "Peluang kami agak sukar. Ramalan saya sekitar 40-60." Namun bila keputusan rasmi keluar, DAP berjaya menawan 15 kerusi DUN dengan majoriti besar.

Sayugia diingat, kadang-kadang kenyataan yang berbaur angkuh akan menyebabkan pengundi yang simpati pada kita jadi meluat. Silap-silap mereka berubah hati kembali mengundi BN.

Seperkara lagi, mampukah PKR dan PR Sabah berhadapan dengan puluhan atau ratusan ribu pengundi PATI daripada Projek MyKad. Baru-baru ni penulis dapat maklumat, kira-kira 80,000 MyKad sudah selesai diproses untuk diserahkan kepada PATI.

Justeru, penulis tak hairan bila dilaporkan Kabinet Najib bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal sebab kesemua PATI di bawah projek MyKad hanya menunggu masa saja untuk keluar membuang undi.

Memang penulis seorang ahli PAS tapi bila ditanya tentang peluang PAS di Sabah, penulis akan jawab "Memang PAS mahu menang tapi bukan dalam PRU13 sebab belum cukup syarat-syarat untuk memperolehinya...."

Kalaulah PKR dan rakan PR yang lain sudah memiliki banyak cawangan serta aktif sebagaimana di kawasan DUN yang ditandingi oleh Baru Bian, mungkin juga kenyataan yang dibuat ada relevannya. Ini tak..., dahlah PKR Sabah sendiri berhadapan dengan konflik kepimpinan hingga berpecah-belah, lepas tu boleh pulak kata Pakatan Rakyat dah bersedia menjadi kerajaan. Malunya...

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger