Saturday, September 24, 2011

Isu Hudud : Kemunafiqan UMNO jelas

Di posting sebelum ni, penulis sentuh pasal beberapa kenyataan memperlekeh Hukum Allah yang pernah dibuat oleh pimpinan UMNO. Dan hari ni seorang lagi Presiden UMNO buat kenyataan terbuka menolak Hudud walau dilihat agak berhati-hati dalam tutur-katanya agar tak nampak sangat kemunafiqannya.

Kenyataan yang dibuat oleh Najib itu jika dibahas di sudut Tauhid Uluhiyyah, jelas membuktikan yang UMNO dulu, kini dan selamanya telah menafikan hak Al Hakimiyyah Allah daripada terlaksana. Bahasa mudahnya, menolak dan menafikan Undang-Undang Allah.

Sebagai Muslim, kita wajib mengimani tanpa banyak soal bahawa bumi dan seluruh isi alam semesta ni adalah hak milik kepunyaan Allah secara mutlak. Justeru hanya Dia yang berhak menjadi pengatur atas semuanya itu. Tugas kita selaku hamba hanyalah melaksanakan apa saja yang telah disediakan oleh-Nya, yaitu segala Hukum dan Peraturan yang terkandung dalam Al Qur'an. Itu saja.

Lupakah kita bahawa seluruh ummat manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit, bahasa dan agama adalah makhluk ciptaan Allah. Justeru, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-Nya.

Atas sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Pengampun, lalu diutuskan beratus ribu orang Nabi dan 25 Rasul bagi memimpin kaum dan ummat masing-masing yang berada di dalam kegelapan kekufuran. Malangnya ramai di kalangan mereka yang menentang Nabi yang diutuskan kepada kaum masing-masing. Malah ada antara para Nabi yang dibunuh oleh kaumnya sendiri.

Dan yang terakhir sekali adalah Nabi kita semua, Muhammad S.A.W. yang diutuskan oleh Allah bukan saja untuk bangsa Arab malah untuk seluruh ummat manusia dan seluruh isi alam ini. Allah tegaskan dalam Al Qur'an yang bermaksud "Wahai Muhammad, tidak Aku utuskan engkau melainkan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam".

Mukjizat tertinggi yang Allah kurniakan kepada Baginda ialah Al Qur'an sebagai Perlembagaan Hidup seluruh ummat manusia. Segala-galanya telah tersedia di dalamnya termasuk Hukum Hudud, pemerintahan, politik dan seluruhnya. Perlembagaan yang lengkap dan sesuai sepanjang zaman hinggalah hari Akhirat.

Kalau di zaman Jahiliyyah dulu, ada Abu Lahab, Abu Jahal dan para pembesar Musyrikin Mekah yang menentang Rasulullah S.A.W. sejak hari pertama Baginda diutus menjadi Rasul. Setiap kali Baginda membacakan Wahyu Allah pada mereka dan menyeru kepada mentauhidkan Allah, maka setiap kali itulah Baginda dicemuh dan ditertawakan, malah difitnah, ditohmah, diugut, dituduh gila hingga ke peringkat mahu dibunuh. Namun Rasulullah S.A.W. tetap meneruskan tugas yang diamanahkan oleh Allah, yaitu menyeru penduduk Mekah kembali kepada Agama Tauhid dan segera meninggalkan amalan toghut menyembah berhala.

Dan hari ni rupa-rupanya masih ada lagi spesis para pengikut Abu Lahab, malah lebih jahat daripada Bapak Musyrikin Mekah sebab golongan yang ada hari ni hidup selepas Islam disempurnakan oleh Allah di tangan Rasulullah kira-kira 1,400 tahun dan telah tersedia Kitabullah di tangan mereka namun tetap menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah walau telah diberi kuasa, serta sengaja mereka-reka alasan bodoh bagi menyembunyikan kemunafiqan (kekafiran) mereka.

Terpulanglah kepada orang Islam yang masih setia dengan UMNO untuk memikirkan kedudukan 'Aqidah mereka sementara masih hidup. Jika mahu melakukan hijrah meninggalkan kesesatan UMNO, laksanakanlah dengan segera. Sebaliknya jika masih berdegil, nantikanlah saja balasan Neraka Allah kelak.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger