Saturday, September 17, 2011

Mansuh ISA : Bukti Najib dan UMNO terdesak

Sekitar jam 8.45 malam, 15 September lalu Najib membuat pengumuman pemansuhan akta drakonian yang selama ini menjadi 'kesayangan' mereka bagi menahan musuh politik. Soalnya, benarkah Najib ikhlas atau kerana terpaksa berbuat demikian memandangkan kedudukan dirinya turut goyah dan UMNO semakin hilang sokongan menjelang PRU13.

Penulis sama-sekali tidak percaya dengan apa yang diumumkan Najib tempohari. Walau zahirnya ISA akan dimansuhkan secara rasmi selepas 2 draf undang-undang bagi menggantikannya diluluskan Parlimen, namun hakikatnya undang-undang baru itu tiada jauh bezanya dengan ISA itu sendiri. Hanya nama saja bertukar tapi serupa je. Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjangkakan pemansuhan ISA dan perlaksanaan undang-undang baru akan berkuatkuasa pada Mac depan.

Bagi mengekalkan kuasa rakus mereka, UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mengaburi mata pengundi Melayu yang masih boleh ditipu hidup-hidup bagi meraih sokongan mereka dalam PRU13.

Jangan lupa sejarah lalu. Bagaimana Pak Lah yang terkenal dengan jolokan Mr Clean di kalangan UMNO telah mempamerkan watak lakonan yang sangat berjaya sebaik mengambil-alih tampuk pemerintahan negara. Antara kata-kata keramatnya "Bekerja Bersama Saya. Bukan Bekerja Untuk Saya" berjaya memikat hati rakyat. Dan rakyat begitu kagum dan terpesona bila mana Pak Lah dilihat begitu serius untuk memerangi rasuah bila Menteri Tanah dan Kooperai ketika itu, Kasitah Gaddam dan kroni kuat Mahathir, Eric Chia telah didakwa atas tuduhan rasuah.

Tak dinafikan kesan daripada tindakan itu, UMNO BN telah mencatat sejarah dengan kemenangan besar dalam PRU11 2004. Menguasai hampir 95 peratus kerusi Parlimen.
Pak Lah berjaya mengukir namanya selepas kejayaan besar itu. Malah ada pihak yang mengakui inilah PM yang dinanti-nantikan oleh rakyat selama ini.

Kemudian Pak Lah terus membuat kejutan dengan memperkenalkan Islam Hadhari. Sekali lagi orang Melayu UMNO dan golongan atas pagar begitu kagum serta yakin UMNO memang sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Di waktu itulah timbul istilah generasi Ulul Albab dan seumpamanya. Melayu terus dibuai mimpi indah dengan pendekatan Pak Lah. Kemudian Mahkamah Persekutuan pula membebaskan Anwar tanpa syarat, lalu rakyat semakin yakin yang Pak Lah benar-benar serius mahu memulihkan sistem keadilan negara.

Belum pun sampai setahun usia PRU11, Pak Lah mula tunjuk taringnya dengan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen, kemudian diikuti kenaikan kedua yang serupa selepas 3 bulan. Selepas 2 kenaikan itu rakyat mula sedar segala 'lakonan' awal Pak Lah merupakan satu perangkap untuk menjerat leher mereka kembali. Akhirnya apa yang dirasa menjadi kenyataan bila kenaikan ketiga menyusul tiga bulan kemudian.

Dengan kenaikan harga minyak 3 kali berturut-turut itu menyebabkan rakyat kembali marah ekoran kos sara hidup meningkat secara mendadak. PAS terus mengetuai beberapa siri demonstrasi aman membantah kenaikan menggila itu. Reputasi Pak Lah terus dipertikai bila anaknya Kamaruddin diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Petronas, juga menantunya yang menguasai saham ECM Libra.

Mantan PM Mahathir pula terus membuat road-show ke seluruh negara bagi menghentam Pak Lah ekoran rasa sakit hatinya bila Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok bagi menggantikan tambak johor yang dah tak relevan bagi menamnpung keluar masuk kenderaan antara Johor dan Singapura.

Ringkasnya, dalam PRU12 UBN mengalami kekalahan teruk dan hilang 5 negeri. Segala kesalahan diletakkan di bahu Pak Lah ekoran kekalahan itu. Timbalannya Najib terus mengasak dan mendesaknya agar berundur. Akhirnya Pak Lah akur.

Sebenarnya pengumuman pemansuhan ISA oleh Najib itu tiada bezanya dengan tindakan awal Pak Lah dengan mendakwa Kasitah dan Eric Chia dulu. Hanya caranya berbeza tapi matlamatnya sama. Yaitu untuk mengaburi mata rakyat sebelum tindakan yang lebih zalim dilaksanakan.

Terpulanglah pada pembaca samada mahu percaya atau tidak. Bagi penulis, golongan munafiq UMNO ini sama-sekali tidak boleh dipercayai. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai hasrat untuk terus kekal berkuasa.

Tunggu dan lihat sajalah nanti bagaimana watak 2 undang-undang baru yang menggantikan akta ISA itu. Yang pasti pemansuhan ISA ini sebagai indikator PRU13 semakin hampir. Najib nak test sejauh mana pengumuman yang dibuat itu memberi impak pada undi UBN dalam PRU nanti.

Cuma penulis rasa sedih mengenangkan ummat Melayu yang mengaku Allah Tuhan mereka, Islam agama mereka dan Muhammad itu Nabi dan Rasul mereka tapi dalam masa yang sama boleh menjadi pendokong / penyokong golongan pemimpin toghut yang melaksanakan dasar pemerintahan sekular yang sesat. Wana'uzubillah.

Apakah mereka lupa dengan amaran Allah di dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66-68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Sebagai Muslim, jadikanlah Al Qur'an dan Hadis sebagai pegangan hidup. Bukan kata-kata golongan munafiq UMNO laknatullah. Beringatlah kematian itu boleh datang secara tiba-tiba. Tidak tertakluk pada umur maupun kesihatan. Bila sampai saatnya, nescaya tidak lewat atau cepat walau sesaat pun.

Alangkah rugi dan malangnya jika mati dalam keadaan menyokong toghut. Menyokong bererti redha. Redha pula bermaksud percaya bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik daripada sistem Allah (Islam). Akibatnya???

Dalam Surah Al An'am (6), ayat 159, Almarhum Prof Dr Hamka telah menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa ada keyakinan (percaya) dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger