Thursday, March 22, 2012

Sapa sebenarnya Hasan Ali selepas PRU12

Oleh kerana penulis dapati si Hasan Ali ni semakin meroyan sejak dipecat dari PAS dan menjadi Bebas, rasanya elok kalau kita tahu serba-sedikit pasal orang ini. Dulu memang dia seorang yang bijak, tapi selepas PRU12 2008, dia telah berubah jadi bodoh hanya disebabkan satu hal saja. Yaitu gilakan jawatan MB Selangor. Kalau orang yang sedang mabuk cinta, tentu dilihat pasangannya yang paling hensem, cantik dan kentut pun wangi. Dan itulah juga yang terjadi pada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ni. Oleh kerana terlalu cintakan jawatan MB, hingga tak sedar siapa kawan dan lawannya.

Berikut ialah kronologi tindak-tanduknya selepas PRU12.

1- Sebaik PR menang di Selangor, Hasan Ali telah bertanya kepada Khalid Samad "Siapa yang sepatutnya jadi Menteri Besar?" Secara spontan Khalid jawab "Tan Sri Abd Khalid Ibrahim sebab PKR menang paling banyak kerusi DUN, yaitu 15. Manakala DAP 13 dan PAS 8 kerusi". Bila mendengar jawapan Khalid, dia terus diam dan muka berubah.

2- Sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik MB, rupanya si Hasan Ali telah berusaha untuk buat rundingan dengan UMNO supaya PAS dan UMNO bersama-sama tubuhkan kerajaan negeri Selangor dan UMNO telah tawarkan kepada dia jadi MB.

3- Dalam PRU12, PKR menang 15, DAP 13, PAS 8 dan BN 20. Jika PAS + BN = 28 kerusi. Begitu juga PKR + DAP = 28 kerusi. Dalam keadaan jumlah kerusi 28 vs 28, sapa yang pergi jumpa Sultan dulu dan angkat sumpah, maka dialah yang jadi kerajaan. Dan itulah yang diharapkan oleh Hasan Ali agar PAS setuju bersama UMNO untuk tubuh kerajaan.

4- Bagi merealisasikan hasratnya untuk jadi MB, dia telah berjanji dengan PM Pak Lah dan Khir Toyo untuk mengaturkan pertemuan mereka dengan Presiden PAS.

5- Husam Musa yang ketika itu berada di Perak, berjaya menghidu rancangan kotor Hasan Ali, dan terus menghubungi seluruh AJK PAS Pusat untuk bermesyuarat di Pejabat Agong. Keputusan sebulat suara dicapai bagi menghalang pertemuan tersebut.

6- Oleh kerana Hasan Ali selaku Pesuruhjaya PAS masa itu telah berjanji dengan Pak Lah, akhirnya PAS bersetuju menghantar 3 wakil kerana janji telah dibuat. Dato' Mustafa Ali (mewakili Presiden), Ustaz Nasharudin (Tim Presiden) dan Khalid Samad (menggantikan Hasan Ali). Sekadar bertemu atas dasar janji telah dibuat.

7- Hasil pertemuan itu telah membuahkan hasil yang amat mengecewakan UMNO dan lebih-lebih lagi pada Hasan Ali. Pendirian PAS tetap teguh bersama Pakatan Rakyat. Dua bulan kemudian, dia telah memecat Khalid Samad dari jawatan TPJ.

8- Sebaik dilantik jadi Exco Agama dan Infrastruktur, Hasan Ali terus dikelilingi oleh puak-puak UMNO kerana seluruh projek kerajaan negeri di bawahnya. Dalam masa yang sama puak-puak munafiq UMNO itu terus memainkan jarum mereka bagi meracuni pemikiran dia yang sedang berkecamuk ekoran gagal dalam usaha untuk menjadi MB. Saraf yang dimainkan UMNO telah meningkatkan kebencian dia terhadap pimpinan PAS, khususnya Khalid Samad dan juga Pakatan Rakyat.

9- Antara tindakan tak bermoralnya ialah memfitnah Theresa Kok dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Dakwanya, MP Seputeh itu telah bertindak menghalang azan di mesjid. Tak pasal-pasal, Theresa terpaksa merengkok dalam ISA seminggu hinggalah pihak AJK Mesjid berkenaan membuat kenyataan akhbar dan menjelaskan bahawa PA System rosak. Bukannya Theresa Kok halang azan.

10- Selain memfitnah Theresa Kok, Hasan Ali juga turut berbohong dalam mesyuarat AJK PAS Pusat bagi memburukkan DAP. Dakwanya, hanya 32 peratus Melayu yang dilantik sebagai Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor. Selebihnya Cina. Yang sebenarnya 52 peratus Melayu dilantik dan 48 peratus lagi bangsa lain.

11- Selain kerap berbohong dalam mesyuarat parti, Hasan Ali kerap mempertikai sebarang tindakan MB Khalid Ibrahim.

12- Di Muktamar PAS 2009 dia menduduki tangga ke-4 undi terbanyak sebagai AJK PAS Pusat manakala dalam Muktamar 2011, beliau jatuh ke tangga 16. Bermakna sokongan terhadapnya semakin menurun dalam parti.

13- Dalam mesyuarat pertama AJK PAS Pusat 2011, dia tidak lagi dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Bermakna cita-citanya untuk jadi MB musnah jika PR kekal memerintah Selangor dalam PRU13.

14- Setelah tidak dilantik sebagai PJ, tiba-tiba Gombak Setia pula tak mencalonkan dia sebagai calon PRU13. DUN Gombak Setia adalah kubu kuat PAS. Bertitik-tolak dari sinilah dia dah mula merasakan yang masa depannya dalam PAS dah hancur. Justeru dia mencari jalan untuk keluar PAS tapi dalam keadaan yang menonjolkan dirinya sebagai orang yang betul.

15- Justeru dia buat kenyataan "PAS dah tersasar daripada landasan asalnya", "Ulama' dah takde tempat dalam PAS", "PAS dah gadaikan prinsipnya, Negara Islam dah jadi Negara Berkebajikan kerana tunduk pada DAP" dan "72 peratus orang PAS adalah sekular."

16- Akhirnya dia pun dipecat sebagaimana yang dimahu.

Penulis bersyukur kerana satu-persatu parasit telah keluar dari PAS. Dan sememangnya orang macam Hasan Ali ni duduk sebaris dengan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin. Ketiga-tiga mereka ini memang gila kuasa dan pangkat. Merasa diri pandai tapi lebih bodoh daripada lembu yang menjuarai pertandingan lembu-lembu terbodoh dunia.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger