Thursday, March 29, 2012

Malaysia BANKRAP 2019 jika BN terus memerintah

Pemangku Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, senario hutang di Malaysia sangat menggerunkan dengan peningkatan daripada RM266 bilion pada tahun 2007 menjadi RM456 bilion pada akhir 2011.

Katanya, ini hutang yang sangat tinggi dan lebih menggerunkan lagi hutang rakyat telah mencapai lebih RM700 bilion.

“Ia menunjukkan setiap rakyat yang bekerja di Malaysia puratanya berhutang sebanyak RM30,000 seorang,” katanya.

Dr Anuar menegaskan, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan berhutang dengan hutang perumahan sebanyak 60 peratus; kenderaan hampir 30 peratus; manakala 10 peratus hutang peribadi iaitu kad kredit atau PTPTN.

“Hutang PTPTN ini jangan dipandang remeh sebab di Amerika Syarikat hutang PTPTN telah mencapai RM 1 trilion,” tegasnya.

Menurut beliau, jika pendapatan negara dibanding dengan hutang negara peningkatan tahap hutang melebihi kadar pendapatan seperti yang berlaku sekarang.

Katanya, jangkaan pada tahun 2019 hutang Negara akan mencecah 100 peratus dan masa itu negara akan jatuh bankrap.

Beliau yang mahir dalam bidang ekonomi berkata, jika dicampurkan hutang rakyat dengan hutang negara berjumlah melebihi RM1.2 trilion.

“Hutang rakyat kedua tertinggi di Asia. ini akan menjadikan harga barangbarang meningkat, hutang tinggi. Saya nak ingatkan pekerja-pekerja kerajaan, guru-guru dan pensyarah di institusi awam mesti berhati-hati,” katanya.

Dr Anuar menjangkakan mungkin pada tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan dan pegawai kerajaan tidak boleh dibayar. Ini kerana tegasnya, perkara tersebut telah berlaku di Ireland apabila tiada siapa yang menyangka gaji guru-guru dan pensyarah tidak dibayar hampir tiga bulan.

“Hanya gaji doktor sahaja dibayar kerana bimbang doktor lari sebab ada orang sakit di hospital yang perlu dirawat,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menegaskan, rakyat perlu sedar bahawa negara tidak lama lagi akan bankrap jika dasar kerajaan BN dikekalkan.

Menurut Dr Anuar, kerajaan BN menggalakkan rakyat berhutang seperti hutang rumah sehingga 60 tahun begitu juga dengan hutang kereta sehingga 10 tahun dan yang kaya adalah puak-puak kapitalis.

Sebab itu katanya, PRU13 merupakan peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat mencipta kemenangan disebabkan senario ekonomi Negara dan dunia sangat meruncing.

Katanya, kegagalan system kapitalis di Barat dan Eropah sehingga menyebabkan gaji pekerja tidak dibayar dan bertambah malang di Portugal pencen hanya dibayar 1/3 sahaja.

Beliau juga menjangkakan perkara itu tidak mustahil akan berlaku di Malaysia jika rakyat masih mengekalkan kerajaan BN.

“Perkara yang sama akan berlaku. Pasti berlaku kerana sistem kapitalis, hanya 1 peratus rakyat memiliki 99 peratus kekayaan negara,” katanya.

Sebanyak 99 peratus rakyat merana dan hanya 1 peratus sahaja yang mampu menjadi jutawan dan orang terkaya di Malaysia di antara 1/40 memiliki RM68 bilion harta, tegasnya.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger