Thursday, March 24, 2011

Johari dedahkan siapa dalang video seks fitnah

Dalam posting 21 Mac lalu, penulis melahirkan keyakinan bahawa video seks memfitnah DSAI akan memakan diri UMNO sendiri. Syukur pada Allah kerana akhirnya yang HAQ pasti menang dan yang BATHIL pasti kecundang. Dan itulah yang terjadi semalam bila identiti sebenar manusia durjana di sebalik video seks tersebut terbongkar. Orangnya ialah Rahim Thamby Chik dan Eskay Syazril Abdullah.

Siapa yang tak kenal dengan Rahim Thamby Chik. Inilah orang yang terlepas dari dakwaan memperkosa seorang gadis di Melaka. Seluruh Melaka tahu kes si Thamby ni. Namun dek kerana jawatan Ketua Menteri yang dipegang masa tu, maka terlepaslah dari sebarang dakwaan. Khabarnya, diupah beberapa pemuda agar mengaku telah merogol gadis tersebut secara bergilir-gilir.

Semakin hari semakin terdedah kemunafiqan dan kemusyrikan UMNO. Menurut perkiraan UMNO, dengan segala kuasa yang ada serta seluruh jentera kerajaan di bawah, nescaya segala tektik keji untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim, seterusnya Pakatan Rakyat akan berjaya kali ini.

Bermula dengan konspirasi fitnah Liwat I, kemudian diteruskan dengan fitnah Liwat II, pelbagai cara dan tektik jahat digunakan termasuk menggunakan Polis dan Jabatan Kimia untuk mencipta bukti DNA agar dapat mensabitkan Anwar atas tuduhan meliwat Saiful.

Malaysia hari ini dipandang hina oleh dunia luar ekoran kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh rejim UMNO sejak era Mahathir lagi. Rakyat diugut dengan pelbagai cara dan dibodohkan semahunya melalui media perdana. Malaysia bertambah malang kerana masih ramai warganya yang dungu serta merelakan diri diperalatkan oleh sang penguasa zalim.

Tanpa diduga oleh para konspirator, akhirnya tembelang fitnah liwat pecah di mahkamah bila Hakim menolak bukti DNA yang dicuri. UMNO menggelabah, terutamanya Najib Rosmah.

Tak sampai seminggu mahkamah menolak bukti DNA tiruan itu, tiba-tiba muncul pulak video seks yang didakwa pelakunya ialah Anwar.

Apa kena mengenanya video seks itu dengan kes liwat II yang sedang dibicarakan? Lu fikirlah sendiri....

Itulah UMNO yang sedang diterajui oleh golongan Dajjal bertopengkan manusia? Bagi mereka, Anwar mesti dihantar semula ke penjara dengan apa cara sekalipun. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Belum sampai 5 hari dah terbongkar kejelakan UMNO di sebalik video seks itu.

Sila ikuti pendedahan Datuk Johari Abdul di Parlimen;


*Datuk Johari Abdul merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger