Friday, March 25, 2011

UMNO beri 'bonus besar' pada Anwar dan Pakatan

Teringat penulis pada kata-kata TGNA "Kalau syaitan nak tolong kita, nak buat macamana. Bukan kita minta pun. Ini semua kehendak Allah Yang Maha Menguasai hati manusia", ketika membidas tohmahan UMNO yang menuduh PAS bersahabat dengan DAP.

Dalam konteks isu video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang, penulis melihat betapa dungunya manusia yang bernama Rahim Thamby Chik dan Eskay itu. Dan penulis cukup yakin tindakan mereka berdua ini telah mendapat lampu hijau dari Najib.

Justeru, komplot untuk menjatuhkan Anwar itu telah memanggil orang PKR pertama, Datuk Johari Abdul, bagi menonton video tersebut. Sebab Johari antara orang yang diyakini boleh dipengaruhi ekoran sejarah hubungan baiknya dengan Najib ketika dalam UMNO, hatta sehingga ke hari ini.

Mungkin percaturan mereka, sedangkan 6 MP PKR boleh dibeli dengan mudah, inikan pula Johari yang memang ada hubungan yang baik dengan Najib. Sudah tentu beres. Sebab itulah Rahim Thamby Chik telah bertindak memujuk beliau agar meninggalkan Anwar atas sebab moral. Malah bersedia untuk membawa Johari bertemu dengan Najib bagi berbincang soal wang dan kedudukannya jika bersetuju meninggalkan PKR.

Malangnya percaturan politik si Rahim dan Eskay meleset jauh bila pada 22 April, Johari telah mendedahkan siapakah dalang sebenar di sebalik video seks itu dalam satu sidang media di Parlimen. Tum...! UMNO terjelepok ke tanah dengan satu pukulan maut dari MP Sungai Petani tu.

Semalam, si Ketua Pemuda UMNO, Khairy menafikan penglibatan UMNO dalam kes video itu. Sebelum itu, Najib buat kenyataan bahawa pihak Polis tidak terlibat dalam pembikinan video seks tersebut. Bermakna Najib tahu dah pasal kewujudan video tu. Sepupunya pulak, si Hishamuddin telah meminta pihak yang difitnah agar membuat laporan Polis dengan segera.

Soalnya sekarang, jika benar UMNO tak terlibat, mengapa Najib dan Hishamuddin selaku PM dan Menteri Dalam Negeri tidak mengarahkan pihak Polis segera bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab menayangkan video lucah itu di hadapan para wartawan di Hotel Carcosa.

Walhal kita semua tahu ada akta yang melarang penayangan video lucah kepada umum. Pihak yang melakukan boleh didakwa dan dipenjara jika sabit kesalahan. Di sini pun timbul tanda-tanya. Kenapa pihak Polis berdiam diri dan membiarkan saja penayangan itu dibuat kepada para wartawan?

Segala kronologi yang berlaku sudah cukup jelas membuktikan memang tindakan penayangan itu mendapat restu Najib dan UMNO.

Bodoh juga rupanya pemimpin UMNO ni... Patutlah negara ni sedang menuju bankrap dek perbuatan mereka. Iyalah... kalau dah namanya parti bodoh, maka pemimpinnya bodoh sama. Dan yang terbongok ialah para pengikutnya.

Mana tak bodohnya... Dah terang-terang dalam video lucah tu, si pelaku lelakinya berperut buncit (boroi), pungkoknya tonggek. Lepas tu pulak mukanya tak nampak kerana kameranya statik. Jelas terbukti orang itu bukan Anwar.

Kemudian tu boleh pulak panggil para wartawan untuk tengok 'tayangan perdana' dan dipaksa percaya bahawa orang itu adalah Anwar. Apa dia ingat wartawan semuanya bodoh dan tak tahu nak bezakan yang mana satu Anwar atau sebaliknya.

Dah panggil wartawan satu hal. Lepas tu boleh pulak panggil seorang MP PKR untuk tengok video jijik. Apa dia ingat Datuk Johari Abdul boleh dibeli macam 6 orang MP PKR hapraq itu ka???

Bak kata orang tua-tua "Kalau dah jahat sangat tu, memang tak boleh sorok..." Akhirnya, segala niat jahat untuk terus mengaibkan Anwar gagal dan terkena pada batang hidung sendiri.

Tak pasal-pasal, tanpa sedar, UMNO sendiri telah membantu kempen menaikkan imej dan nama Anwar di mata rakyat khususnya, di dunia umumnya. Secara tak langsung memulihkan imej PKR yang agak tercalar sebelum ini. Juga ukhwah dalam Pakatan Rakyat semakin ampuh.

Lain yang diharap, lain pulak jadinya. Inilah yang disebut oleh TGNA sebagai "Syaitan nak tolong kita, nak buat macamana. Bukan kita minta pertolongan dia..."

Penulis berdoa' semuga DSAI dan keluarga terus tabah menghadapi ujian fitnah ini. Yakinlah bahawa setiap kesusahan itu pasti diikuti dengan kejayaan dan kemenangan.

"Masa Untuk Berubah Demi Masa Depan Negara dan Generasi Anak Cucu Kita"

Amin.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger