Wednesday, May 5, 2010

Gadai Laut M'sia : Bukti negara dah takde duit...

Dari dulu lagi kita dok habaq negara ni akan bankrap jika UMNO terus memerintah, ramai ahli dan penyokong UMNO marah dan tuduh kita buat fitnah. Inilah masalah orang Melayu/Bumiputera kita hari ini. Langsung tak boleh pikiaq secara rasional. Kalau kita kata mereka bebal, nanti kecil hati pulak. Persoalannya sekarang, negara ini sedang berada di ambang kehancuran. Bukan setakat hancur ekonomi malah di segenap sudut.

Nah sekarang ni kerajaan UMNO/BN nak serah telaga minyak di blok L dan M pada Brunei dengan harga USD 100 bilion (RM 340 bilion). Dan kedua blok ini akan dikeluarkan dari peta Malaysia. Bahasa mudahnya, menjual perairan...

Persoalannya mengapa kerajaan UMNO-Najib sanggup gadaikan 2 blok ini kepada Brunei sedangkan anggaran hasil minyaknya melebihi RM 340 bilion ?

Saya melihat 'tindakan paling bodoh' ini sebagai satu 'backup plan' kerana kewangan negara berada dalam keadaan kritikal. Ditambah pulak kerakusan pasangan iblis No.1 negara yang memang dah terkenal sebagai 'mata duitan'.

Najib selaku PM sudah tentu mahu membuktikan yang dia adalah PM yang terbaik. Apatah lagi pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang dibuatnya sudah tentu memerlukan modal yang besar. Justeru, cara yang paling cepat untuk dapat duit ialah dengan menggadai 2 blok perairan negara kepada Brunei.

Tak tahulah apa nak jadi dengan negara kita ni. Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia moden bila mana pemimpin sanggup menggadai dan menyerahkan perairan negara sendiri kepada negara lain kecuali pemimpin celaka UMNO.

Saya sendiri tak pasti adakah makhluk yang sedang memegang tampuk kekuasaan negara hari ini dari jenis manusia atau iblis ? Setahu saya dalam golongan iblis tiada manusia tetapi dalam golongan manusia memang ramai iblis dan syaitan.

Renungkanlah...

- Di manakah maruah dan harga diri kita sebagai rakyat jika kita terus berdiam diri tanpa membuat sebarang tindakan ?

- Mahukah kita negara ini terus digadai oleh para pemimpin UMNO yang rakus dan jahat ?

- Ingatlah selepas ketiadaan kita nanti, negara ini akan diwarisi oleh anak cucu keturunan kita semua. Apakah kita mahu mewariskan sebuah negara yang rosak kepada mereka ?

- Sedarlah... ekoran kesalahan kita memilih pemimpin, inilah akibatnya yang perlu ditanggung oleh seluruh rakyat...

- Sampai bilakah kita mahu ditipu oleh pemimpin zalim, jahat dan rasuah ?

- Apakah bangsa Melayu/Bumiputera boleh dijual-beli dengan nilai RM50 / RM100 dalam pilihanraya ?

- Tidak cukup lagikah segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap rakyat ?

- Adakah kita mahu tunggu sehingga terkena pada batang hidung sendiri baru nak insaf ?

Kita wajib menjatuhkan UBN dalam PRU13 jika mahu selamatkan Malaysia.

Tuesday, May 4, 2010

Kes Bunuh Aminulrasyid : Video Penjelasan Rakan Arwah

Berikut adalah sidang media dan penjelasan rakan Allahyarham tentang hari kejadian.


Monday, May 3, 2010

Kes Scorpene : Peguam Peranchis diugut ?

Jika Altantuya boleh dibunuh dan diletupkan mayatnya dengan C4 hanya kerana 'kesalahan' menuntut haknya berupa komisen USD 500,000 yang dijanjikan, adalah tidak mustahil jika peguam Peranchis turut berhadapan dengan sebarang ugutan dari pihak tertentu ekoran siasatannya berhubung pembelian Scorpene. Segala kemungkinan boleh berlaku terhadap peguam itu hatta melibatkan nyawa. Hari ini sudah tiada jaminan keselamatan dalam negara. Rakyat yang tak berdosa boleh dibelasah dan ditembak sesuka hati oleh Polis sedangkan dalam waktu yang sama 'kepala' penjenayah dibela oleh Polis. Dah macam negara mafia.

Peguam Perancis tak takut ugutan

Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham :

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham: Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.

Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.

Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa.

- malaysiakini

Nak suruh rakyat adil pada Polis ???

Bak kata orang lidah memang tak bertulang. Cukup mudah mengeluarkan kata-kata. Tak kiralah samada jujur dan ikhlas maupun sebaliknya. Dengan lidah jugalah ramai orang terpedaya dan ditipu hidup-hidup. Kerana lidah jugalah badan binasa... Dan begitulah halnya ahli politik di seluruh dunia yang menggunakan lidah untuk mempengaruhi minda rakyat agar menyokong diri, agenda dan dasar parti masing-masing untuk berkuasa. Setelah berkuasa, lidah itu jugalah akan digunakan untuk mempertahan dan membela dasar kerajaan mereka. Begitulah juga yang berlaku di tanahair kita.


Semalam, Menteri KDN Hisahamuddin menyeru rakyat agar bersikap adil terhadap Polis. Mudahnya bercakap... Selama ini sapa yang bertindak kasar dan kurang ajar terhadap rakyat ? Siapa yang dok belasah rakyat dengan cotar dalam demonstrasi aman ? Sapa yang sembur rakyat dengan water-cannon ? Sapa yang sumbat rakyat yang tak berdosa dalam lokap hanya kerana sokong pembangkang ? Sapa yang dok tembak rakyat dengan peluru hidup tanpa alasan ?

Menteri KDN kena sedarlah sikit, sebelum menyuruh rakyat agar bersikap adil terhadap Polis, sila perbetulkan dulu pasukan Polis yang dah macam mafia la ni. Pukul dan belasah orang dalam lokap sampai mati. Tembak anak orang sesuka hati tanpa sebab dan kemudian reka alasan bodoh untuk sembunyikan kesalahan ? Dan banyak lagi tindakan keji dan terkutuk Polis yang menyebabkan rakyat sudah hilang rasa hormat pada PDRM.

Macamana rakyat nak percaya dengan Polis kalau dah KPN sendiri melindungi 'kepala' kongsi gelap, ah long, sendiket pelacuran, dadah dan perjudian. Sebab itulah tempohari si Musa Hasan dok merapu buat kenyataan membela anak buahnya yang telah membunuh Allahyarham Aminulrasyid. Bayangkanlah... bagaimana seorang KPN boleh buat kenyataan media sedemikian rupa ? Sepatutnya dia mesti menunjukkan sikap yang profesional, bukannya membela tindakan yang jelas salah.

Malah dia boleh cakap "Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya.

Bercakap macam budak tak sekolah... Ini bukan soal cakap ahli politik tapi ianya persoalan serius yang melibatkan seorang remaja 15 tahun yang dibunuh Polis.

Sebelum Menteri KDN nak bagi nasihat pada rakyat, seharusnya beliau terlebih dahulu bertanya pada diri sendiri beberapa persoalan berikut ;

1- Siapa yang menggunakan Polis untuk kepentingan politik UMNO / Barisan Nasional ?

2- Siapa yang mengarahkan Polis menghalang program ceramah parti pembangkang ?

3- Siapa yang mengarahkan Polis mengugut pemimpin parti pembangkang ?

4- Siapa yang mengarahkan Polis menembak dan membunuh dalam Peristiwa Memali ?

5- Siapa yang mengarahkan mantan KPN Rahim Noor belasah Anwar Ibrahim dengan niat membunuh ?

.... dan banyak lagi tindakan Polis yang dipersoalkan.

Sebenarnya apa yang berlaku membuktikan pada kita semua betapa bobroknya pasukan Polis Malaysia mutakhir ini. Dan punca kepada segala kejelekan pasukan Polis ini ialah rasuah. Bila mana darah daging majoriti anggotany sudah sebati dengan hasil haram, maka sudah tentu hati mereka menjadi kotor dan gelap. Bila mana hati nurani sudah terhijab daripada mendapat Nur Ilahi, maka sudah tentu segala tindak-tanduk mereka lebih menjurus kepada sifat kesyaitanan. Sebab itulah boleh berlaku tindakan menembak sesuka-hati kepada mangsa yang tidak berdosa. Menahan rakyat secara sewenang-wenangnya tanpa alasan. Membelasah tahanan sehingga mati dan banyak lagi kes yang tersembunyi.

Kadang-kadang terfikir juga, apakah POlis Malaysia hari ini dah ada 'License To Kill' macam cerita James Bond ?

Hakikatnya, UMNO-lah yang jadi 'guru terbaik' kepada pasukan Polis sehingga boleh jadi seburuk ini. Sebagaimana yang pernah saya sebut bahawa UMNO adalah paksi segala kejahatan yang ada. Sebut saja apa yang UMNO tak buat... segala-galanya ada. Just name it !

Jangan salahkan rakyat... jika tak percaya pada Polis.

Saturday, May 1, 2010

Melayu / Bumiputera hanya RM100 je....

Janji manis, tipu, songlap duit... memang dah kerja UMNO. Macam nak tercabut lidah pemimpin PR beri nasihat dalam kempen mereka di Hulu Selangor agar jangan percaya dengan segala janji UMNO tapi masih ada yang berdegil dan gelap mata bila dijanjikan dengan RM100 seorang bila mengundi BN. Nah sekarang apa dah jadi beb ?

Kadang-kadang tu terlepas juga cakap "Padanlah dengan muka kau orang. Orang dah habaq jangan sokong BN tapi masih lagi dok bengong macam tu juga. Bila dah kena tipu, barulah nak menyesal dan terhegeh-hegeh buat laporan Polis. Tak payahlah nak buang masa buat repot hanya pasal RM100. Undi hangpa dah bagi pada BN. Dan mereka dah menang pun di Hulu Selangor. Salinan repot tu simpan ajelah dan buatkan frame yang cantik sebagai satu peringatan agar lain kali jangan kena tipu lagi.

Di mana maruah dan harga diri kita semua hah! Apakah maruah umat Melayu/Bumiputera dalam negara ini boleh dijual-beli dengan harga RM100? Wana'uzubillah... Jika dilihat apa yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor, punyalah hina dan rendahnya harga diri orang Melayu/Bumiputera yang sanggup mengundi BN hanya dengan janji bayaran RM100. Lepas tu bukan dibayar segera. Kena mengundi dulu, baru dibayar. Lastly, kena tipu...

Saya malas nak tulis panjang-panjang. Kesimpulannya... inilah akibatnya jika umat Islam masih berdegil dan terus memberi sokongan kepada UMNO yang sesat dan zalim.

Allah SWT dah tegaskan dalam Al-Qur'an bahawa Dia akan menghinakan sesuatu kaum yang engkar dengan melantik pemimpin yang jahat dan zalim sebagai pengajaran agar mereka kembali beriman. Jika kaum itu terus berdegil, Allah akan memusnahkan mereka dan digantikan dengan kaum yang lebih baik dan beriman kepada-Nya.

Apakah kita mahu Allah terus menghinakan kita semua umat Islam sebagaimana yang berlaku hari ini.

Sebagai renungan bersama.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger