Thursday, October 14, 2010

Mampukah PR ke Putrajaya?

Penulis merasa sedikit gusar bila merenung beberapa isu nasional mutakhir ini, khususnya pergolakan dalaman perebutan kuasa dalam pemilihan PKR yang akan melabuh tirainya pada Sabtu 16 Oktober ini, juga isu fitnah UMNO terhadap kerajaan PR Pulau Pinang berhubung pemberian saguhati warga emas dari hasil judi.

Takde sapa yang meragui bahawa PRU13 adalah peluang terbaik Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih kerajaan pusat jika berlaku swing pengundi Melayu sebanyak 20%. Manakala sikap dan mood pengundi Cina diyakini kekal malahan ada yang menjangka 85% daripada mereka akan menyokong Pakatan. Di pihak pengundi India, mungkin 50-50.

Merujuk kepada 3 parti dalam PR ini, penulis melihat DAP secara kolektif lebih cemerlang dalam menguasai pengundi Cina, PKR pula dilihat sebagai harapan baru rakyat untuk menggantikan UMNO yang sudah buruk manakala reputasi PAS semakin diyakini oleh pengundi bukan Islam di samping terus dominan di Kelantan dan berjaya di Kedah.

Persoalannya sekarang apakah Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya jika sikap pengundi Melayu Bumiputera masih statik sejak PRU10. Penulis melahirkan kebimbangan ini bila merujuk kepada 3 keputusan PRU lalu.

Dalam PRU11, PAS kalah teruk di Terengganu walhal dalam PRU10 berjaya menguasai seluruh kerusi Parlimen dan 90% kerusi DUN. Secara logiknya tentunya PAS mampu bertahan dalam PRU11 tapi apa yang berlaku pengundi Melayu berpatah balik kepada UBN secara menyeluruh. Dan PAS hampir hilang Kelantan dengan hanya kelebihan majoriti 1 kerusi DUN.

Jelas di sini pengundi Melayu masih setia dengan UMNO di seluruh negara kecuali Kelantan. Begitu juga dalam PRU12, PAS kalah di semua tempat yang mempunyai majoriti pengundi Melayu melebihi 65% di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Begitu juga dengan PKR.

Timbul sejuta persoalan di benak minda mengapakah PAS masih gagal menguasai pengundi Islam? Penulis tak nak sentuh pasal PKR sebab parti 'Anwar' ni boleh hidup dan mati bila-bila masa saja. Yang UMNO takut bukannya PKR tapi Anwar. Sebab itu Najib dan UMNO seboleh-bolehnya mahu menghantar semula "PKR de-facto" itu ke penjara.

Baru-baru ini penulis dimaklumkan PAS Perhubungan di sebuah negeri telah mengambil keputusan untuk fokus kepada pengundi Melayu setelah diyakini sikap positif pengundi Cina menjelang PRU13.

Walaupun penulis sendiri ahli PAS tapi lebih suka bersikap realistik dan terbuka Bukan hipokrit.

Penulis hanya tersenyum sinis bila mendapat khabar 'gembira' bahawa PAS Perhubungan di negeri tersebut akan 'hold-out' untuk mendekati pengundi Melayu dengan membuat Majlis Rumah Terbuka 'Idilfitri baru-baru ini di beberapa lokasi utama. Penulis dimaklumkan kehadiran amat mengecewakan walaupun pimpinan dari pusat turun.

Dari pengamatan penulis, salah satu kelemahan PAS yang paling ketara ialah tidak pernah fokus dalam gerakerja dakwah dan penerangan kepada pengundi Islam. Tidak serius dalam menangani sesuatu isu yang dibangkitkan dan beberapa kelemahan lain yang sewajarnya diberikan perhatian serius (penulis tak mahu sentuh). Ringkasnya suka buat kerja last-minute dan terlalu politiking.

Berbalik kepada pengundi Melayu.

Penulis akui sentimen perkauman yang sedang dipalu oleh UMNO dan Perkasa ini sebenarnya memberi impak besar kepada majoriti pengundi Melayu di luar bandar yang mana mereka hanya terdedah kepada media milik pemerintah.

Persoalannya kenapa UMNO sengaja fitnah kerajaan PR Pulau Pinang dengan mendakwa duit saguhati kepada warga emas datang dari hasil judi?

UMNO memang sengaja melakukan fitnah ini kerana target mereka adalah untuk mempengaruhi minda pengundi Melayu di negeri-negeri lain. Sebab pengundi Melayu adalah talian hayat terakhir bagi mereka. Justeru jangan dihairanlah bila UMNO dan Perkasa, sejak kebelakangan ini, terus mainkan isu hak Melayu bagi meraih kembali sokongan menjelang PRU13.

Selain politik jahat dan fitnah UMNO ini boleh mempengaruhi minda Melayu, pergolakan yang berlaku dalam pemilihan PKR juga memberi impak negatif kepada sikap mereka. Di satu sudut pula PAS dilihat naik ke satu tangga dalam carta "hit Pakatan Rakyat" ekoran kejayaan Mazlan Aliman leads isu Felda dan Felcra sehingga jadi isu besar yang bakal menggoncang tiang seri Putrajaya. Namun kejayaan ini belum boleh dijadikan kayu pengukur bahawa seluruh peneroka akan bersama Pakatan Rakyat.

Kadang-kadang ada benarnya juga kata RPK dalam konteks persefahaman dalam Pakatan Rakyat bila membidas ekoran kegagalan PR melaksanakan manifesto mereka dalam PRU lalu.

Dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan fahaman, sudah tentulah memerlukan kebijaksanaan dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat bagi menyakinkan rakyat tanpa menggadaikan dasar dan prinsip parti masing-masing. Aspek ini amat penting apatah lagi berhadapan dengan parti pemerintah yang korup serta sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa politik.

Malaysia agak malang bila masih ramai warganya yang berminda kelas ketiga, khususnya di kalangan Melayu Bumiputera. Sebab itulah politik mengugut masih laku di negara ini.

Penulis berdoa' semuga berlaku 'swing' undi 20% di kalangan orang Melayu dalam PRu kelak.

Salam4all.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger