Sunday, September 19, 2010

FDI merosot pasal pembangkang, kata Tim Menteri paloi

Punya le bebal anak si mamak tua ni. Apa yang dia belajor kat universiti dulu. Dah jadi Timbalan Menteri pun masih dok bangang tara tu juga. Nasib baiklah hang duduk kat Malaysia. Kalau hang tinggai di Singapura, jangankan Timbalan Menteri, nak dilantik jadi kerani kat Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri pun tak layak. Mungkin hanya layak jadi tukang kebun je kot. Macamana nak layak kalau dah bodoh sangat pasal ekonomi. Yang dia pandai hanyalah menyamun dan merompak harta dan wang rakyat. Dan begitulah juga dengan ahli kabinet Malaysia yang lain. Benorlah kata orang "Pemimpin bodoh akan dipilih oleh pengundi yang bodoh juga." Sebabnya rakyat pintar tak akan mempertaruhkan negara dengan memilih pemimpin yang jahat, rakus dan rasuah.

Sebagai rakyat pintar, bolehkah diterima akal waras bila sorang Timbalan Menteri menuduh pembangkang sebagai punca utama pelabur asing tak masuk. Tak tahulah kalau orang lain percaya tapi kalau saya memang inilah yang terpacul di mulut "Bodoh punya Tim Menteri. Dah kamu yang rasuah dan merompak harta rakyat, mana ada pelabur luar yang percaya dengan Malaysia."

Tak usah kita sembang yang besar-besarlah. Katakan kita ada RM100,000 dalam simpanan dan bercadang mahu melabur tetapi bimbang ditipu kerana dah banyak kes penipuan. Tiba-tiba datang seorang ekskutif pelaburan menemui kita dan menawarkan pakej pelaburan yang menguntungkan dengan pelbagai intensif dan ganjaran. Bila eksekutif itu memperkenalkan diri dan syarikatnya, tiba-tiba teringat dalam kepala syarikat yang dimaksudkan itu ttermasuk dalam senarai hitam. Adakah kita sanggup menyerahkan wang tunai RM100 ribu itu pada eksekutif tadi?

Persoalannya sekarang apakah pelabur asing sanggup mempertaruhkan ratusan juta malah bilion ringgit duit mereka untuk melabur di sebuah negara yang dah terkenal sebagai salah sebuah negara yang kuat rasuah, sistem keadilan dilacurkan, pasukan keselamatan diperkudakan,
kadar jenayah kejam meningkat dan kezaliman berleluasa.

Ketua Pembangkang DSAI menegaskan selagi kerajaan tidak mengutamakan mengutamakan sistem keadilan yang bersih, bebas rasuah dan kepimpinan yang meyakinkan, negara akan terus kehilangan pelaburan asing.

Seperti yang pernah disebut oleh Prof Dr Jomo bahawa pelabur asing tidak akan masuk bila tiada berlaku pelaburan swasta tempatan (domestic investor). Malangnya apa yang berlaku ialah penurunan mendadak di dalam sektor pelaburan swasta tempatan. Kalau dah para pelabur tempatan sendiri tiada keyakinan dengan sistem yang ada, apa bodohnya pelabur asing nak menyorongkan leher mereka untuk disembelih di Malaysia.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan pembunuhan kejam jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya bersama 3 rakannya setelah penduduk bumi terkejut dengan tragedi pembunuhan kejam warga Mongolia Altantuya Shaaribu pada 2006. Secara lahiriah kita rasakan kejadian bunuh sebegini tiada kena mengena dengan ekonomi. Namun jangan kita lupa kedua-dua pembunuhan ini membuktikan sudah tiada jaminan keselamatan bagi warga tempatan dan asing. Secara kebetulan kedua-dua kes pembunuhan kejam ini melibatkan urusniaga jutaan ringgit. Dan seluruh media antarabangsa pasti melaporkan kes pembunuhan tragis sebegini.

Tiada sapa boleh menafikan sejarah pembunuhan Altantuya itu sendiri menunjukkan betapa lumpuhnya sistem keadilan negara yang telah dilacurkan oleh golongan penguasa jahat dan zalim. Malah seluruh antero dunia tahu pembunuhan kejam Altantuya memang melibatkan Najib, Rosmah serta kuncu-kuncunya. Mereka terselamat kerana seluruh jentera kerajaan telah diperalatkan bagi melindungi jenayah berprofil tinggi.

Kalau pun pimpinan Pakatan Rakyat 'dibisukan' mulut mereka daripada mendedahkan segala kepincangan kerajaan pimpinan UBN, namun percayalah segala kebobrokan kerajaan UBN pasti dapat dihidu oleh pihak luar dalam era ICT yang serba pantas mutakhir ini.

Pasai itulah saya katakan para menteri UMNO ni memang bodoh macam baghal. Mereka sedar para pengundi mereka berfikir dengan kepala lutut dan mudah percaya akan cakap-cakap 'budak tadika' yang dilontarkan melalui media. Manakala golongan korporat yang mengekor di belakang pungkok mereka bukannya tak sedar yang puak-puak Menteri UMNO ni bebal tapi oleh kerana nak projek dan mudah untuk dapat 'back-up capital', maka jadilah pak angguk 'Yes Men'.

Sudah terlampau banyak skandal rasuah dan penyelewengan yang berlaku di bawah pemerintahan UBN sejak zaman si mamak tua nyanyuk tu, mana ada pelabur asing yang berani nak masuk. Lebih baik mereka melabur di Indonesia dan Thailand yang lebih demokrasi dan telus.

Kita nak tanya si anak mamak ni. Kenapa pelaburan asing di Thailand meningkat sedangkan dalam waktu yang sama demonstrasi rakyat penyokong Thaksin kerap berlaku. Dan begitu juga di Indonesia? Malahan mantan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa, Kak Rafidah Aziz sendiri pernah sebut bahawa demonstrasi rakyat tidak akan menggugat kemasukan pelaburan asing.

Sebenarnya para Menteri UMNO ni takut dengan bayang sendiri ekoran segala dosa rasuah dan penyelewengan mereka yang mengakibatkan runtuhnya ekonomi negara. Justeru untuk menyembunyikan pekong daripada dihidu oleh rakyat, mereka terus menyalahkan orang lain ekoran hilangnya keyakinan para pelabur asing. Namun rakyat Malaysia hari ini semakin bijak menilai yang mana intan dan kaca. Kecuali di kalangan ahli dan penyokong UMNO yang berfikir dengan kepala lutut.

Saya sedih kerana masih ramai lagi warga Malaysia yang boleh diperbodohkan oleh puak-puak munafiq UMNO ini walhal dah banyak bukti penyelewengan dan jenayah mereka terdedah. Marilah lakukan perubahan dalam PRU13 kelak. Kita semua ada maruah dan harga diri. Jangan dibiarkan pemimpin UMNO terus bermaharajalela dalam negara. Cukuplah segala pembohongan dan penipuan yang dilakukan mereka selama ini. Mereka bukannya membela rakyat tapi sebaliknya membela diri, keluarga dan kroni mereka.

Yang menghairankan saya bagaimana majoriti umat Islam hanya beriman kepada sebahagian Al-Qur'an dan begitu berani menolak sebahagian yang lain. Jika dalam bab solat, puasa, zakat, haji, harta pusaka boleh ikut Al-qur'an tapi dalam soal pilih pemimpin, hukum Hudud, Qisas, Takzir tak mahu ikut. Lebih percaya pada sistem sekular Kristian pegangan UMNO laknatullah.

Tak kafir lagikah namanya jika kita lebih percaya, yakin atau redha kepada sistem lain (sistem ciptaan manusia) daripada sistem Allah (Al-Qur'an)?

Jazakallah.

1 comment:

ISAC said...

Salam bro kalau ikut Islam pun, hukuman untuk pengkhianat adalah hukuman mati...

Merosakkan imej negara dan menyebabkan negara menanggung kerugian adalah kelakuan seorang pengkhianat!!!

Muhasabah lah diri bro...

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger