Sunday, September 26, 2010

Apakah motif Anwar enggan pegang jawatan?

Agak pelik dan musykil juga bila melihat sikap PKR de facto Anwar Ibrahim yang enggan menerima sebarang pencalonan dalam Pemilihan PKR kali ini. Setakat hari ini hanya ada 8 cabang PKR yang mencalonkannya untuk jawatan Presiden. Apakah beliau sendiri dah dapat firasat bahawa parti yang dipimpin oleh isterinya akan berkubur selepas PRU13 sebagaimana yang pernah dialami oleh Semangat 46?

Mungkin tulisan ini seolah-olah 'bias' namun jauh di sudut hati ini dapat merasakan parti pelbagai jenis fahaman dan bangsa ini akan berkubur tak lama lagi. Mudah-mudahan apa yang dirasakan penulis tidak benar.

Penulis tidak berniat untuk merendah-rendahkan kewibawaan PKR namun percayalah mana-mana parti serpihan UMNO Barisan Nasional sebelum ini pasti berhadapan dengan masalah kepimpinan dan juga ahlinya. Punca utamanya kerana tiada aqidah perjuangan. Hanya bergantung pada semangat dan gelombang semasa.

Jun lalu penulis ada pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor selepas menghadiri MUktamar PAS di Kelantan. Sempat juga penulis bertemu dengan beberapa orang sahabat di kalangan pimpinan PAS Kawasan dan bertanya khabar tentang Pakatan Rakyat di Johor, khususnya Batu Pahat.

Dalam pertemuan secara santai itu dapatlah penulis merumuskan betapa lemahnya jentera PKR di peringkat cabang. Malah penulis turut dimaklumkan ramai di kalangan ketua cabang mengeluh atas kelemahan jentera di peringkat akar umbi disebabkan ketiadaan dana dan petugas. Setiap kali program mahu dibuat, pimpinan cabang akan mengadu pada pimpinan PAS bagi mendapatkan 'belas ihsan' daripada para petugas PAS.

Yang menjadi masalah ialah kebanyakan pimpinan utama PKR ni jenis yang 'berlagak'. Merasakan parti semakin kuat dan hebat ekoran sokongan yang diterima dalam PRU12 lalu. Sayang sejuta kali sayang belum pun sampai setahun PRU12 berlalu, 2 orang wakil rakyatnya melompat pasal tak puashati kerana tak dapat jadi MB Perak. Lepas tu beberapa orang lagi ADUN dan MPnya turut sama melompat.

Adakah boleh diyakini ADUN dan MP PKR yang ada hari ini akan terus setia bersama parti jika parti itu kalah teruk dalam PRu13 kelak?

Ramai di kalangan pemerhati politik berpendapat PKR hari ini masih dibayangi oleh faktor Anwar itu sendiri. Persoalannya adakah PKR akan terus dominan sebagai salah sebuah parti politik yang mampu menggugat kemaraan UMNO BN selepas ketiadaan Anwar? Seribu kemungkinan boleh berlaku sebelum PRU13. Malahan konspirasi politik fasa kedua (Kes Liwat II) untuk menjatuhkan Anwar terus dilakukan oleh UMNO bagi memastikan karier politk dan pengaruh Anwar berkubur terus. UMNO sememangnya sedar dengan ketiadaan Anwar ianya memberikan implikasi besar pada PKR itu sendiri.

Yang menjadi tanda-tanya rakyat hari ini ialah kenapa Anwar enggan memegang sebarang jawatan parti khususnya Presiden?

Sepatutnya Anwar harus memikul tanggungjawab sebagai Presiden. Bukan setakat menjadi penasihat saja. Adakah sikap ini menggambarkan bahawa Anwar tidak mahu terikat dengan perlembagaan parti atau hanya dengan cara ini saja beliau boleh memainkan peranan 'kuasa vetonya'. Kalau disingkap semula bagaimana Zaid Ibrahim boleh dipilih sebagai calon dalam PRK Hulu Selangor sedangkan Majlis Pimpinan Tertinggi parti sudah ada senarai 5 orang yang bakal dipilih. Khabarnya Anwar menggunakan kuasa veto dengan memilih Zaid.

Walaupun sebagai advisor tapi siapa yang berani melawan keputusan Anwar. Perlu disedari Anwar ni ada 'aura' kuat macam Mawi juga namun jangan dinafikan kewibawaan dan peranan Kak Wan sebagai Presiden. Di sebalik ketenangan wajah dan sifat lemah-lembutnya Kak Wan telah berjaya memimpin PKR dengan cemerlang semasa Anwar di "hotel 5 bintang" Sungai Buloh.

Ironisnya ada pimpinan cabang turut mengakui PKR lebih aman semasa Anwar dalam penjara. Justeru jangan dihairanlah sekiranya Anwar tidak mendapat pencalonan banyak jawatan Presiden. Mungkin majoriti cabang lebih senang Kak Wan kekal sebagai Presiden bagi memastikan parti itu kekal aman walau kadang-kadang ada gelora yang melanda.

PKR jangan terlalu yakin dengan momentum rakyat dan tidak terlalu ghairah menabur janji dalam setiap program penerangan dan ceramah sebab rakyat sentiasa membuat penilaian dari masa ke semasa. Tersilap langkah musuh buat counter-attack di saat akhir dan padah menimpa. Sedarlah diri sikit dengan kepincangan jentera di peringkat akar umbi. Sampai bila nak bergantung harap kepada jentera dan para petugas parti rakan. Sekali dua bolehlah tapi kalau asyik nak minta tolong sepanjang masa, itu karutlah.

Seperkara lagi penulis melihat PKR berhadapan dengan pelbagai rencam fahaman dalam kepimpinannya. Ada berfahaman sosialis, pragmatis, sekular, liberal, atis dan sebagainya. Lebih malang lagi Anwar terlepas pandang untuk mentarbiyyah barisan pimpinan dan ahli-ahlinya yang beragama Islam walhal orang seperti Dr Badrul Amin boleh memikul tugas dan tanggungjawab yang berkesan bagi tujuan itu. Malahan barisan Ulama' dan Ustaz PAS sentiasa bersedia untuk membantu dalam aspek pengisian rohani.

Jika PKR menitik-beratkan program tarbiyyah sebegini, insya'Allah seluruh barisan pimpinan dan ahli PKR mempunyai roh Islam dalam dada mereka dan secara langsung memberi impak positif dalam pengukuhan jentera dan parti itu sendiri. Namun apa yang penulis lihat kebanyakan pimpinan di semua peringkat dan ahlinya berperangai saling tak tumpah macam UMNO.

Waima apa pun, penulis berharap PKR mampu berubah serta membuang jauh-jauh segala 'tabiat UMNO' yang boleh merosakkan parti. Jika ianya masih berterusan dan tiada sebarang tindakan untuk mengatasinya, maka penulis lebih redha PKR berkubur daripada terus menjadi 'barah' dalam Pakatan Rakyat.

Wallah hu'alam.

1 comment:

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

setuju dgn pandangan penulis tetapi dalam masa yg sama pandangan positif tentang anwar juga perlu diambil kira.

apakah kita dapat menafikan kemenangan pru 12 kerana faktor anwar yg berjaya mengubah lanskap politik malaysia?

mengapa umno terlalu takut dgn anwar. ini adalah kerana anwar telah berjaya satukan pakatan rakyat. bukan mudah dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

mengapa anwar tidak mahu pegang jawata presiden sebabnya adalah kerana belaiu tahu beliau akan dipenjarakan semula.

sebab itu beliau mahu wan azizah pegang presiden. jika anwar jadi presiden, kemudian beliau masuk penjara sudah pasti timbalannya akan ambil alih.

jadi biarlah presiden wan azizah kekal dahulu buat sementara waktu sebelum kes liwat 2 selesai sepenuhnya.

jika kes dudah selesai sepenuhnya dan anwar benar2 sudah bebas maka bukan susah sangat untuk anwar jadi presiden. kita buat kongress khas untuk lantik anwar sebagai presiden.

siapa dapat menjamin dan katakan anwar tidak akan terpenjara? umno pasti mahu anwar terpenjara sebab mereka tahu kesan anwar bila anwar buat roadshow seluruh negara bila tiba pilihanraya.

tidak ada pemimpin seperti anwar yg boleh buat roadshow satu hari 10 tempat ceramah dan terlalu ramai rakyat yg mahu dgr ceramah anwar semasa kempen pilihanraya.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger