Monday, July 30, 2012

Tsunami Politik Sabah

Jam 5.00 petang tadi penulis bersama MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli bertolak ke Beaufort bagi menghadiri program berbuka puasa bersama Anwar Ibrahim atas undangan Datuk Lajim Ukim yang telah meletakkan semua jawatannya dalam UMNO. Kami sampai di Masjid Jamek Kuala Klias kira-kira jam 6.50 petang.

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut, diikuti solat Maghrib berjamaah dan tazkirah oleh Anwar. Sebaik selesai solat Isyak dan Tarawih, kami bergerak pula ke perkarangan rumah Lajim Ukim yang terletak kira-kira 700 meter dari masjid itu.

Agak mengejutkan bila penulis dapati ribuan penduduk tempatan telah memenuhi ruang puluhan kanopi yang dipasang bagi mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat dan Lajim Ukim sendiri.

Penulis kurang bernasib baik kerana tak dapat masuk ke situ kerana tiada sudah ruang letak kereta di kiri-kanan jalan sepanjang 4 km. Sekadar memerhati saja dari jauh.

Apa yang dapat penulis simpulkan daripada pemerhatian kasar tadi, memang tidak dinafikan pengaruh Lajim Ukim amat kuat di Beaufort. Penulis sendiri membuat kajian terperinci berkenaan kekuatan Lajim di kawasannya. Dan malam tadi terbukti di depan mata penulis sendiri dengan kehadiran ribuan rakyat, malahan suasananya sudah seperti program Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Persoalannya, apakah fenomena yang berlaku malam tadi menjadi signal awal bahawa satu perubahan drastik bakal berlaku atas landskap politik Sabah???

Anda boleh buat penilaian sendiri.

3 comments:

Ibnu Rashid said...

salam bro;

majlis sama seperti yg berlaku di RSS Dalit tuaran petang smlm, dauk walfred bumburing yg kluar dari umporno.... menubuhkan satu gerakan yg di beri nama Angkatan Perubahan Sabah (APS). ramai penyokong2 nya dan penyokong2 PR yg hadir...

Ibnu Rashid said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Rashid said...

ralat:

Datuk seri Wilfred Bumburing MP Tuaran.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger