Tuesday, December 3, 2013

10 Fakta Mengejutkan Teori Konspirasi 911

Banyak teori konspirasi 911 yang muncul sebaik saja serangan 911. Ada yang mengemukakan fakta menarik dan ada pula yang percaya bulat-bulat. Para pakar teori percaya bahawa bangunan WTC dimusnahkan oleh bom, panggilan telefon dibuat dari kapal terbang dan bekas Presiden George W.Bush secara rahsianya meraih keuntungan daripada serangan ini.

Berikut adalah antara 11 fakta menarik yang telah disusun bagi membuktikan bahawa serangan 911 sengaja dirancang oleh Bush, peringkat tertinggi kerajaan AS dan Zionis bagi mencipta alasan untuk memerangi pengganas.

1. Pelabur Dalaman Tahu Tentang Serangan Sebelum Ia Berlaku

Sebelum serangan 911 terjadi, telah berlaku urusniaga pelik dalam bursa saham dan firma insuran. Jumlah pelaburan 'luarbiasa' telah dibuat ke atas saham United Airlines dan American Airlines, kapal terbang yang dirampas ketika serangan. Banyak spekulasi menyebut pelabur telah diberitahu dahulu tentang serangan itu dan meraih keuntungan besar darinya. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah melakukan siasatan dalaman setelah mendapat maklumat daripada sekurang-kurang satu firma Wall Street.

2. Pertahanan Udara Diarah Supaya 'Duduk Diam'

Kebiasaannya dalam menghadapi situasi kapal terbang dirampas, NORAD bersedia menghantar pesawat tempurnya untuk memintas atau menembak jatuh kapal terbang itu. Dalam Peristiwa 911, Jeneral Norad berkata mereka belajar daripada rampasan dalam masa untuk melancarkan jet tempur. Sesetengah skeptis percaya bahawa NORAD diarahkan supaya sistem pertahanannya 'duduk diam'.

3. Kapal Terbang Tidak Meruntuhkan Menara Kembar, Tapi Bom

Runtuhan WTC serupa dengan pemusnahan yang dikawal. Banyak spekulasi bahawa menara itu sebenarnya runtuh dengan bahan letupan yang diletakkan di tempat yang ditetapkan. Sesetengah saksi sendiri mendengar letupan di dalam bangunan ketika mereka menyelamatkan diri. Ramai arkitek dan saintis bertegas bahawa bahan bakar kapal terbang tidak boleh menghasilkan kepanasan yang cukup untuk meleburkaan rangka keluli dua bangunan yang runtuh itu.

4. Serangan Di Pentagon Secara Saintifiknya Tidak Logik

Rempuhan di Pentagon mungkin jadi antara peristiwa yang paling meragukan semua pihak. Para teoris tetap mempertahankan hujah bahawa lubang rempuhan dalam Pentagon itu jauh lebih kecil daripada saiz pesawat komersial American Airlines. Mereka turut mempersoalkan kenapa kapal terbang itu tidak ditembak jatuh sebelum rempuhan serta mengapa rempuhan kapal terbang itu di bahagian bangunan Pentagon yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

5. Flight 93 Sebenarnya Ada

Pesawat keempat yang dirampas, Flight 93, telah terhempas di Shankville, Pensylvania. Adalah dipercayai yang penumpang pesawat itu melawan balik dan terhempas di atas padang. Skeptis percaya bahawa Flight 93 selamat mendarat, dalam waktu yang sama pesawat ganti telah ditembak di udara. Para teoris lain pula percaya bahawa kesemua penumpang telah dibunuh atau disembunyikan dan tidak pernah ditemui lagi.

6. Para Perampas Hidup. Bagaimana Pasport Mereka Selamat Dalam Letupan?

Selepas serangan 911, dokumentari 'Loose Change' mendedahkan bahawa kesemua perampas sebenarnya masih hidup di negara lain. Sebaliknya, ada kemungkinan juga dua orang yang berbeza mempunyai nama yang sama. Tapi mereka telah mengemukakan hujah kukuh, bagaimana pasport pengganas selamat dalam letupan? Dalam kemusnahan daripada serangan itu, pasport dan pengenalan diri telah ditemui sebagai bukti. Ramai skeptis persoalkan bagaimana pengenalan diri dibuat daripada kertas yang selamat dalam letupan, yang mana bangunan musnah sama-sekali.

7. Panggilan Telefon Bersel Daripada Pesawat Adalah Palsu

Panggilan telefon dibuat dalam pesawat yang dirampas. Para saintis dan skeptis menegaskan bahawa telefon bersel tidak boleh menerima atau membuat panggilan daripada ketinggian biasa pesawat terbang. Ada skeptis lain mempersoalkan panggilan telefon itu dibuat oleh anak kepada ibunya, yang mana dia memperkenalkan dirinya lengkap dengan nama pertama dan akhirnya. Logikkah seorang ibu tak mengenali anaknya sendiri hingga anak terpaksa memperkenalkan diri sendiri?

8. Orang Yahudi Tahu Serangan Bakal Berlaku, Tidak Hadir Kerja Pada 11 September

Para teori mendedahkan terdapat 4,000 Yahudi yang tidak hadir berkerja pada 11 September 2001. Setengah daripada individu pertama yang merakamkan serangan itu dengan kamera adalah orang Yahudi sendiri. Banyak tindakan mereka yang mencurigakan dan meletakkan mereka dalam senarai suspek ekoran dari serangan itu.

9. Kotak Hitam Ditemui Oleh Krew Penyelamat Dan Dirahsiakan

Dalam minggu-minggu berikutnya selepas serangan, kotak hitam antara benda terpenting yang mesti dicari. Hanya itulah saja bahan bukti berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kokpit pesawat. Tiga daripada empat kotak hitam berjaya ditemui dan hanya satu yang masih berada dalam keadaan baik untuk mendengar rakamannya. Rakaman itu tidak didedahkan kepada umum. Skeptis percaya bahawa pita itu tidak akan didedahkan bagi menyokong kerja rahsia mereka.

10. Kapal Terbang Aluminium Tidak Boleh Menembusi Struktur Keluli Menara WTC

Rangka pesawat komersial dibina dengan bahan aluminium yang sangat ringan bagi memudahkan ia terbang. Para saintis dan teoris menegaskan adalah tidak masuk akal sebuah pesawat boleh menyebabkan kerosakan sebagaimana dilakukan terhadap menara kembar WTC. Para saintis dan teoris percaya bahawa peluru berpandu atau bahan letupan yang telah digunakan untuk memastikan bangunan berkerangka keluli kukuh itu runtuh sepenuhnya.

Penipuan besar Peristiwa 911 terbongkar Siri 3

Sebenarnya pentadbiran Bush dari awalnya sudah mengizinkan kedua-dua kejadian itu berlaku tanpa adanya pesawat tempur yang terbang. Pesawat-pesawat Tentera Udara memang telah diarahkan dari awal supaya tidak terbang. Jika tidak, sudah pasti mereka telah menghalang kapal terbang yang telah keluar dari laluan yang ditetapkan serta mencurigakan itu. Bahkan mereka pasti akan menembak jatuh pesawat yang dirampas sebelum sampai ke tempat sasaran. Kita semua tahu semua pesawat komersial di seluruh dunia tertakluk kepada laluan yang telah ditetapkan oleh FAA. Bermakna, jika sesebuah pesawat penumpang terkeluar dari laluan navigasinya, sudah tentu radar menara kawalan akan mengesannya dan mengarahkan juruterbang kembali ke posisi asal. Namun apa yang berlaku pada 11 September 2001, tiada sebarang pesawat tempur USAF yang memintas kedua-dua kapal terbang yang dirampas itu.
Beberapa minit selepas jam 0935, peluru berpandu AS ditembak ke arah pentagon dan melanggar beberapa lapisan tembok bangunan. Kesannya telah mengakibatkan lubang yang semakin mengecil di setiap lapisan tembok yang dilanggar bermula dari tembok pertama. Peluru itu menghasilkan api yang marak di dalam kompleks. CNN melaporkan laporan palsu mengenai apa yang mereka sebutkan "Flight 77 Merempuh Pentagon!". CNN memburukkan lagi Peristiwa 911.

Sementara itu, pada jam 0915 hingga 0945, empat pesawat jet penumpang yang sebenar mendarat di pengkalan tentera, tempat mereka diarahkan mendarat. Penumpang dan petugas di Flight 77, Flight 11 dan Flight 175 kemudiannya ditukar ke kapal terbang United Airlines flight 93. Mereka berkumpul bersama penumpang dan petugas yang sudah ada di dalam kapal terbang itu. Kini ada 232 orang di dalam Flight 93. Ketika itu bahan letupan mungkin sudah ditanam.

Menara Selatan jatuh pada jam 0959 dengan letupan yang dikendalikan dari jauh. Ini berlaku selepas 56 minit berlaku rempuhan.

Antara jam 1000 hingga 1015, Flight 93 berlepas dari pengkalan tentera dengan menggunakan juruterbang automatik, ataupun juruterbang yang tidak menyedari apa yang akan berlaku kepada dirinya. Kapal terbang ini menuju Washington dalam rancangan 'serangan pengganas' palsu.

Menara Utara runtuh pada jam 1029 serentak dengan letupan yang dikendalikan dari jauh. Ia berlaku 1 jam 44 minit selepas dirempuh.

Pada jam 1037, Flight 93 meletup di udara. Ia berlaku akibat daripada bahan letupan yang sudah dipasang dalam pesawat ataupun peluru berpandu yang ditembak dari jet F-16. Pesawat meletup ketika sedang berada di atas Pensylvania, hampir 2 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Newark. Pesawat itu tidak menjunam ke tanah seperti yang dilaporkan oleh kerajaan AS dan berita-berita. Bukti-bukti mengenai perkara itu boleh didapati di mana-mana.

Anggota Polis Pensylvania melaporkan, "Kepingan daripada kapal terbang ditemui sejauh 8 km dari tempat kejadian, di kawasan perkampungan. Media tempatan menemuramah warga tempatan di situ yang melaporkan berkenaan serpihan kapal terbang kedua di kawasan itu". Ia kemungkinan pesawat jet F-16. Penduduk tempatan turut menceritakan perkara yang sama, "Serpihan badan kapal terbang terbakar jatuh dari langit".

Seluruh penumpang dan petugas dari keempat-empat kapal terbang dari syarikat United Airlines dan American Airlines yang dirampas itu sudah pasti terbunuh dengan cara itu. Manakala di Pentagon pula, bahagian luar tembok yang dirempuh itu sengaja dirobohkan bagi menutup lubang kecil yang ada dalam tembok hasil rempuhan peluru berpandu.

Sekitar jam 1700, bangunan WTC 7 runtuh kerana letupan jarak jauh sedangkan bangunan itu tidak pernah terkena kesan dari runtuhan Menara Utara dan Selatan.

Media massa mula menuduh Osama Laden sebagai dalang dalam serangan ini dan memainkan peranan dengan melaporkan "Rakyat Amerika berasa terkejut dan marah dengan peristiwa ini. Mereka menuntut bela kepada orang yang menjadi dalang serangan ini. Orang Arab Muslim dituduh sebagai pengganas."

Presiden Bush mengumumkan 'perang terhadap pengganas', dan Pentagon mengubahnya menjadi rancangan bagi menyerang Afghanistan dengan alasan kononnya Osama bersembunyi di negara itu.

Mungkin beberapa huraian di sini kurang tepat tetapi sebahagian besarnya adalah penjelasan yang paling dapat diterima mengenai Peristiwa 911, dan ianya berbeza dengan kenyataan rasmi kerajaan AS. Versi ini selari dengan bukti-bukti yang ada dan saling menyokong.

Terbukti Bush dan kerajaan AS yang merancang dan mencipta Peristiwa 11 September 2001. Ia bukan dilakukan oleh orang Arab Badwi.

AMERIKA SYARIKAT ADALAH PENGGANAS YANG SEBENARNYA

Peristiwa 911 dicipta supaya Amerika memiliki alasan bagi melakukan kempen memerangi pengganas di seluruh dunia. Sebeenarnya, kita sendiri dapat meneka siapa sebenarnya pengganas dan mangsa Bush, media massa, Blaire dan PBB, sebahagian dari negara Eropah dan Freemason sedang menyiapkan dunia bagi menanti kedatangan Dajjal laknatullah. Golongan ini disebut sebagai New World Order (NWO).

Sekiranya kita takut dan percaya kepada Allah, kita harus bersiap-siaga bagi membela diri dan agama. Golongan NWO ini berniat membunuh lebih daripada 6 bilion manusia akhir tahun 2112. Mereka menyatakan perkara itu secara terbuka. Mereka sombong dan yakin mereka tidak dapat dikalahkan. Mereka salah.

Sementara itu, rakyat Amerika akan terus dikuasai dan dirundung dengan ketakutan. Sejak Peristiwa 911, rakyat Amerika merasakan seluruh negara mereka sudah tidak selamat lagi. Ketakutan ini dicipta oleh kerajaan mereka sendiri. Bukannya Afghanistan atau negara Islam yang lain.

Kerajaan Bush dan penggantinya Barack Obama akan terus berbohong, curang, memanipulasi, membunuh dan melakukan apa sahaja bagi menutupi kebenaran hakiki.

bersambung... pendedahan tentang Organisasi Rahsia

Sunday, December 1, 2013

Penipuan besar Peristiwa 911 terbongkar Siri 2

Empat pesawat awam terbang dalam penerbangan terakhir mereka bagi menjalankan misi propaganda dunia. Pesawat pertama, American Airlines flight 11 Boeing 767 meninggalkan Lapangan Terbang Boston Logan pada jam 0759 dan menghala ke Los Angeles membawa 76 hingga 81 penumpang termasuk 11 krew. Menurut laporan 'rasmi', kapal terbang ini yang merempuh Menara Utara WTC.

Pesawat kedua, american Airlines flight 77 boeing 757 berangkat dari Lapangan Terbang Dulles Virginia bahagian Utara pada jam 0810 menuju Los Angeles. Sekurrang-kurangnya terdapat 50 hingga 60 penumpang. Menurut laporan 'rasmi', kapal terbang ini yang merempuh Pentagon.

Pesawat ketiga, United Airlines flight 175 Boeing 767 meninggalkan Lapangan Terbang Logan Boston pada jam 0813 dan menghala ke Los Angeles dengan 47 atau 56 penumpang serta 9 krew. Kapal terbang ini yang dilaporkan merempuh Menara Selatan WTC.

Pesawat keempat, United Airlines flight 93 Boeing 757 dijadualkan berlepas menuju San Frisco dari Lapangan Terbang Newark pada jam 0801. Namun ia terlambat dan berlepas pada jam 0841. Terdapat 26 hingga 39 penumpang serta 7 krew di dalamnya. Menurut laporan, kapal terbang ini terhempas di Pensylvania.

Setengah jam selepas berlepas, 4 juruterbang kapal terbang itu dihubungi melalui radio dan mengatakan AS diserang pengganas. Mereka diarahkan supaya mematikan trasponder mereka dan menerbangkan pesawat ke pengkalan tentera di bahagian utara Amerika Syarikat. Juruterbang ini akur arahan tersebut dan memusinkan laluan mereka.

Pesawat USAF E-10 ketika itu berlepas dari pengkalan tentera dan terbang dengan kawalan jauh. Ia kemudian terbang memintas laluan penerbangan pesawat United Airlines flight 175 yang sebenar. Radar operasi yang mengikuti flight 175 melihat ada dua lampu muncul dan kemudian menjadi satu. Flight 175 yang sebenarnya sudah mengikuti arahan kerajaan dan mematikan transpondernya. United Airlines flight 175 mengubah laluan menuju New York. Menurut radar operasi flight 175, kapal terbang kelihatan menuju Manhattan.

Ketika masih dalam ketinggian rendah, para penumpang ddi dalam pesawat United Airlines flight 93 diberitahu kapal terbang mereka sedang dirampas. Mereka diarahkan supaya menghubungi keluarga mereka menggunakan telefon bimbit dan menceritakan keadaan yang berlaku dalam pesawat. Maklumat itu akan digunakan sebagai bahan bukti palsu bagi menguatkan kenyataan kerajaan pentadbiran Bush yang menyatakan rampasan berlaku. Sebenarnya kapal terbang ini terbang pada ketinggian 30 ribu kaki. Telefon bimbit tidak dapat digunakan pada aras ketinggian ini.

Sebuah pesawat tentera kemudian berlepas dan dikendalikan secara automatik. Ia kemudian memintas laluan penerbangan pesawat American Airlines flight 11 bagi mengganggu radar operasi. Pesawat tempur itu kemudian menuju ke Menara Utara WTC pada jam 0845 dan menembak peluru berpandu ke arah bangunan yang disasarkan sebelum berlaku hentaman yang mengakibatkan semua bahan letupan yang telah tertanam meletup.

Bush mendengar berita ini melalui televisyen di sebuah sekolah di Florida. Ketika itu dia sedang membacakan buku secara terbalik.

Pesawat tempur USAF E-10 yang dikendalikan secara kawalan jauh mendekati Manhattan dan kemudian merempuh Menara Selatan pada jam 0903. Pengendali pesawat ini tidak mengendalikan kapal terbang Boeing 767 yang seberat 100 tan, yang memungkinkan tidak menepati sasaran sekiranya digunakan.

Beberapa saat sebelum runtuhan bangunan, sebuah peluru berpandu pula dilepaskan. Perkara ini membuatkan suhu di dalam bangunan menjadi cukup tinggi dan dapat meletupkan seluruh bahan bakar kapal terbang. Sebahagian besar bahan bakar kapal terbang meliputi seluruh menara dan meletup menjadi gumpalan api yang besar di luar bangunan. Banyak jurugambar dan jurukamera televisyen dapat merakam kejaadian ini dalam filem. Kejadian ini berjaya dirakam dengan baik oleh CNN kerana sudah bersiap sedia dari awal sebelum peristiwa ini berlaku. Semuanya ini bagi menyokong kenyataan kerajaan, Amerika diserang pengganas.

Bush mengumumkan kepada dunia dia sudah membuat beberapa panggilan telefon dan bersembunyi selama 8 jam. Namun hakikatnya, dia tidak pernah mengarahkan sebarang tindakan defensif dengan mengarahkan pesawat tempur tentera memintas laluan dua kapal terbang yang dirampas.

Tidak ada sebarang arahan kepada Tentera Udara supaya memintas laluan kapal terbang yang didakwa telah dirampas. Pesawat Tentera Udara akhirnya diterbangkan satu jam selepas pesawat komersial pertama keluar dari laluannya, dan 45 minit selepas berlaku rempuhan di Menara Utara WTC.

bersambung.....

Penipuan besar Peristiwa 911 terbongkar

Masyarakat dunia dikejutkan bila Menara Kembar WTC New York dan Pentagon dirempuh pesawat penumpang. Pesawat yang didakwa telah dirampas oleh warga Arab Saudi itu telah membuat serangan berani mati hingga mengakibatkan menara kembar yang mempunyai struktur binaan keluli kukuh boleh runtuh jadi debu manakala Pentagon yang dilengkapi 'kelambu keselamatan' serta sistem senjata pertahanan termoden bagi mengelak dari sebarang ancaman turut dirempuh pesawat. Dua fakta ini sudah cukup membuktikan serangan ini memang dirancang oleh Presiden Bush sendiri dengan kerjasama pentadbiran tertinggi Amerika serta Zionis Israel.

Ironisnya, serangan yang dicipta oleh Bush dan sekutu syaitannya walau telah dirancang sebegitu rapi namun mereka lupa bukan semua rakyat Amerika boleh menerima begitu saja peristiwa itu tanpa berfikir secara waras. Dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian itu, para jurutera dan arkitek profesional Amerika sendiri mempersoalkan bagaimana menara kembar WTC begitu mudah runtuh hingga jadi debu sedangkan struktur binaannya keluli kukuh.

Malah aktor terkenal Amerika, Charlie Sheen sendiri secara lantang menegaskan "Amerika menjadi dalang pembunuhan 11 September 2001. Dalam sebuah program bagi memperingati peristiwa ini, bintang Hollywood itu menyatakan terdapat perkara yang disembunyikan oleh kerajaan dari rakyat. Cerita 11 September 2001 yang rasmi dan ditayangkan di TV adalah bohong. Kerajaan pentadbiran Bush bertanggungjawab sebagai perancang utama serangan itu. Mereka hanya menggunakan alasan demi menjaga keselamatan dunia bagi menyerang Iraq. Beliau turut menyuarakan keraguan berkenaan kapal terbang yang merempuh WTC, adakah ia benar pesawat penumpang atau sebaliknya. Beliau juga turut mempersoalkan bagaimana paspot para perampas dapat diambil semula daripada kebakaran pesawat. Aktor TV termahal itu berkata "Kita tidak boleh membiarkan kerajaan meneruskan agenda politik mereka dengan mengekploitasikan alasan-alasan palsu. Kerajaan sedang gelisah dengan keperihatinan rakyat yang mula sedar kempen memerangi pengganas ini adalah palsu."

PERKARA SEBENAR BERLAKU PADA 11 SEPTEMBER 2001

- Dua kapal terbang yang diubah suai sudah disiapkan oleh tentera mungkin dari North American Aerospace Defense Command (NORAD), ia mampu dikawal dari jarak jauh tanpa juruterbang

- Peluru berpandu dilengkapi GPS dimasukkan ke dalam Stealth Bomber

- Sebuah pesawat tempur jet F-16 dilengkapi peluru berpandu juga disediakan

- Identiti jet E-10 dengan kawalan jarak jauh milik US Air Force sudah dipadam, diisi dengan minyak dan diperiksa buat kali terakhir sebelum diterbangkan

- Pada waktu subuh 11 September, Muhammad Atta dan beberapa orang Arab menaiki kapal terbang American Airlines dan United Airlines di bawah arahan CIA dan FBI. Kamera tersembunyi di lapangan terbang merakam gambar Atta dan mereka akan dilaporkan sebagai perampas II September 2001

- Bahan letupan jenis Thermate ditanam beberapa minggu sebelum runtuhan WTC 7, Menara Selatan dan Utara

- CNN dengan segera mengarahkan jurukamera yang dipilih secara khusus berada di kawasan yang 'dilaporkan' supaya dapat merakamkan dari jauh kapal terbang ke-2 yang merempuh WTC

- Bush sangat gelisah hingga menyebabkan dia membaca buku secara terbalik di hadapan pelajar tadika di Florida

- Semua kumpulan bersiap-siaga menunggu arahan daripada pemerintah.

...bersambung

Saturday, November 30, 2013

PRU14 : Khurafat UMNO bakal membenam PAS PKR

Terlintas dibenak minda ni satu persoalan yang memang sukar untuk dirungkai walau pelbagai kajian dan teori dibuat namun masih buntu menemukan jalan keluar. Yakni persoalan sikap dan minda orang Melayu tentang politik tanahair. Suatu yang agak pelik jika direnung bila mana Melayu tetap setia dengan UMNO walau parti itu sendiri mengkhianati mereka. Kalau benar parti yang dijunjung selama ini ikhlas mau membela mereka, tentunya ekonomi dikuasai orang Melayu & tiada lagi yang hidup merempat hari ni tapi yang terjadi sebaliknya. Ironisnya RM52b dari RM54b saham Bumi lesap disapu pemimpin UMNO. Namun kesetiaan Melayu tidak berubah.

EMPAT GOLONGAN SETIA PADA UMNO

1. Melayu Elit - golongan yang memegang jawatan tinggi di sektor awam dan swasta melalui UMNO
2. Korporat - golongan kaya sekelip mata melalui projek kurniaan UMNO termasuk saham, permit AP dan seumpamanya.
3. Pertengahan - golongan sederhana mewah yang telah didoktrin tanpa UMNO hilang Melayu
4. Miskin - golongan majoriti yang memang bergantung penuh bantuan UMNO. Tanpa.UMNO matilah mereka.

JOHOR

Negeri kelahiran UMNO hingga diberi jolokan Negeri Paling Kuat UMNO Di Dunia. Tepat sekali. PRU13 lalu membuktikan segalanya. Pengundi Melayu Johor secara konsisten bersama UMNO BN malah di kawasan Felda undi PAS merosot 50% berbanding PRU12. Hanya 17% saja memilih PR. Kemenangan PAS di DUN Puteri Wangsa dan Parit Yaani disumbangkan oleh pengundi Cina yang secara total menolak BN di seluruh negara. Persoalannya, kenapa PAS Johor masih gagal menembusi market Melayu? Bermakna pendekatan tradisi yang dibuat selama ini gagal mengubah sikap dan persepsi orang Melayu yang telah didoktrin dengan fahaman syirik "Tanpa UMNO hilanglah Melayu". PAS dan PKR kena akui kejayaan propaganda UMNO selama ini hingga menjadi pegangan Aqidah Melayu.

TIADA POLITIK DALAM ISLAM

Satu keyakinan yang telah berakar-umbi dalam jiwa Muslim sejak merdeka. Politik kotor dan Islam tu suci. Tak boleh campur. Islam pada mereka ialah solat, puasa, zakat, haji, derma sana-sini, tahlil, sembahyang jenazah dan kubur orang mati. Dalam konteks sambutan Maal Hijrah dan Maulidul Rasul, memang Melayu UMNO hebat tapi dok buta hati tak faham apa tujuan hijrah Rasulullah dan apa perjuangan Baginda. Golongan agama upahan UMNO terus berperanan menyesatkan mereka dengan mengukuhkan lagi fahaman sekular Kristian yang memisahkan agama dan politik. Tembok sekular inilah yang berjaya dibina oleh penjajah melalui UMNO hingga meresap ke jiwa orang Melayu hingga ke hari ini.

ANAK MUDA

Golongan ini terbahagi kepada lepasan sekolah, siswazah dan lepasan siswazah, berkerjaya samada profesional atau sokongan dan penganggur lepasan ijazah. Statistik 2012 saja menganggarkan kira-kira 180 ribu siswazah menganggur di seluruh negara. Satu angka yang cukup besar bagi sebuah negara yang berpenduduk 25 juta orang.

Dalam konteks menawan hati golongan muda ini, penulis kira tidak sukar untuk mengenalpasti kehendak mereka. Visi mereka selepas habis belajar ialah pekerjaan. Hanya segelintir saja yang mampu berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang insuran dan MLM bagi yang berminat. Yang lahir dari keluarga berada, kebiasaannya mereka akan menjalankan perniagaan sendiri mengikut bidang ilmu masing-masing. Selebihnya masih bergantung kepada kekosongan jawatan samada awam atau swasta. Justeru, UMNO sebagai parti pemerintah mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan golongan ini dengan pelbagai program yang dilaksanakan termasuk Program Latihan Kerjaya bagi siswazah menganggur walau kejayaan program itu masih boleh dipertikaikan.

Bagi kumpulan lepasan sekolah yang tak berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, biasanya hanya menurut saja sikap politik keluarga masing-masing kecuali yang berkerja di luar atau terpengaruh dengan sikap rakan sebaya yang menyokong Pakatan Rakyat.

BR1M DAN RM200 REBAT TELEFON BIMBIT

Dalam bajet 2013, Najib telah mengumumkan pemberian kedua BR1M RM500 dan rebat telefon bimbit RM200. Walau pengumuman ini disebut oleh pemimpin PR dan Mahathir sebagai rasuah politik tapi strategi Najib ini memberi impak yang besar kepada sikap pengundi Melayu Bumi tanahair. Sapa yang tak nak duit. Berbuih mulut kita bercakap menyampaikan penerangan kepada rakyat yang BR1M tu hanya gula-gula untuk memastikan UMNO BN terus memerintah selepas PRU13. Selepas menang, wang yang diberi itu akan diambil balik dengan cara kenaikan harga petrol dan GST. Penerangan ibarat mencurah air ke daun keladi sebab telah diketahui umum mentaliti politik Melayu Bumi ialah mentaliti kelas ketiga.

DOKTRIN TANPA UMNO HILANG MELAYU

Fahaman khurafat inilah yang berjaya ditanam UMNO ke dalam jiwa Melayu hingga buta mata hati daripada melihat kebenaran. Dengan kata lain orang Melayu berjaya ditarik hidung mereka seperti lembu. Dalam isu wang penternak lembu berjumlah RM250 juta yang diseleweng oleh keluarga Shahrizat Jalil sebagaimana didedahkan oleh Rafizi Ramli berserta bukti kukuh namun Shahrizat tetap dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan baru-baru ini. Suaminya bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil terhadapnya. Inilah mentaliti Melayu UMNO yang dah hilang maruah diri. Bagi mereka, tak mengapa pemimpin menyeleweng dan rasuah asalkan UMNO terus berkuasa. Aqidah mereka kalau UMNO hilang kuasa, Cina akan perintah negara. Satu fahaman yang paling bodoh di dunia. Banyak lagi kes berprofil tinggi yang didedahkan namun kesetiaan Melayu pada UMNO ibarat irama dan lagu. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa orang Melayu sebenarnya beragama UMNO.

APA SOLUSI PAKATAN RAKYAT PRU14?

Persoalan yang sukar dijawab kecuali PR khususnya PAS berjaya menemukan formula baru sebagai penawar kepada virus khurafat yang sedang subur di dalam jiwa orang Melayu. Tersilap percaturan politik, strategi dan gerakerja lapuk, penulis yakin PAS dan PKR akan kehilangan sebahagian besar kerusi Parlimen dan DUN manakala DAP terus dominan di kawasan majoriti pengundi Cina. Manifestasinya UMNO terus memperkukuhkan kuasanya dan meneruskan propaganda sentimen perkauman ekoran kejayaan DAP kekal di kerusi Parlimen dan DUN. PAS dan PKR mesti berbuat sesuatu dari sekarang. Jika tidak, padah menanti dalam PRU14.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger